SC: Pasaran Modal Malaysia Beroperasi Seperti Biasa

SC: Pasaran Modal Malaysia Beroperasi Seperti Biasa
Kuala Lumpur, MTN – Pasaran modal, komponen penting sektor kewangan Malaysia, akan beroperasi seperti biasa dalam waktu dagangan biasa, menurut Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
Dalam kenyataan hari ini, SC berkata ini akan membolehkan pelabur membuat keputusan yang tepat pada masanya dan melaksanakannya, tanpa halangan.
“Semua pasaran akan terus beroperasi dengan cara yang adil dan teratur, dengan semua pemantauan pengawalseliaan yang diperlukan disediakan.
“SC telah menyediakan langkah-langkah kesinambungan perniagaan termasuk tapak sokongan, kemudahan pemulihan dan saluran komunikasi alternatif untuk mengenal pasti, menguruskan dan mengurangkan potensi dan risiko baharu,” kata Pengerusinya Datuk Syed Zaid Albar.
Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari untuk membendung penyebaran jangkitan COVID-19 di Malaysia.
SC berkata ia akan memantau semua aktiviti berkaitan pasaran dan bursa serta pengantara pasaran modal untuk memastikan mereka terus memudahkan aktiviti pasaran modal yang telus, cekap dan berkesan, termasuk operasi penyelesaian dan depositori.
SC dan Bursa Malaysia memantau secara proaktif perkembangan mengenai COVID-19 di peringkat nasional dan global untuk menilai impaknya dan akan terus menilai dan menentukan skala respons mereka untuk mengekalkan integriti pasaran.[bernama]
Author Profile
Latest entries
CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Kerajaan Stabil Perlu Ditubuhkan Tangani Masalah Ekonomi Akibat Covid-19
CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Malaysia Parah, DSAI: Mana Jaminan Kerajaan Bahawa Keadaan Bertambah Baik
NationalAugust 5, 2021Mahiaddin Kelirukan Agong, Penderhakaan Tertinggi yang Tidak Patut Dimaafkan
NationalJuly 26, 2021Kadir Jasin: Mahiaddin Sepatutnya Meletak Jawatan