Sejumlah 67,552 Kes Penipuan Scam Babitkan Kerugian RM2.23 Bilion

Sejumlah 67,552 Kes Penipuan Scam Babitkan Kerugian RM2.23 Bilion
Kuala Lumpur, MTN – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memaklumkan sejumlah 67,552 kes penipuan scam membabitkan kerugian bernilai RM2.23 bilion dilaporkan sejak 2017 sehingga 20 Jun 2021.
Berdasarkan kepada jumlah itu, ia bermakna seorang warga negara ditipu bagi setiap 30 minit, jelas badan pengawal selia utama pasaran modal itu.
Suruhanjaya tersebut berkata modus operandi penipuan itu melibatkan penyamaran daripada pihak bank, pihak berkuasa, perniagaan e-dagang atau pelaburan.
“Scammer akan menghubungi anda dan menyamar sebagai pihak berkuasa atau bank dan meminta maklumat peribadi untuk memindahkan wang. Ataupun mereka akan memberi tawaran murah untuk membeli barangan mahal dan meminta anda membuat bayaran terlebih dahulu, kemudian mereka tidak membuat penghantaran,” kata SC dalam laman sosialnya.
Penyamaran sebagai pihak bank atau pihak berkuasa dan jaminan pulangan pelaburan yang tinggi tanpa sebarang risiko merupakan antara muslihat penipuan yang paling sering digunakan.
SC sehubungan itu mengingatkan pengguna agar menyemak maklumat terlebih dahulu melalui saluran rasmi pihak berkuasa dan sentiasa berwaspada serta melaporkan jika mendapat tawaran yang mencurigakan.
[BH]
Author Profile
Latest entries
Kabar LainDecember 22, 2021Peningkatan Paras Air di Sebahagian Shah Alam
Seni & HiburanDecember 22, 2021Uyaina Teruskan Majlis Nikah Walaupun Pelamin Tenggelam
EkonomiDecember 21, 2021Swift Haulage Berhasil Disenaraikan di Pasaran Utama
Top NewsDecember 21, 202117 Disahkan Terkorban Akibat Banjir di Selangor