Sejuta Subscribers Siti Nurhaliza Persembahkan Lagu Medley | Malaysia News

Sejuta Subscribers Siti Nurhaliza Persembahkan Lagu Medley

Sejuta Subscribers Siti Nurhaliza Persembahkan Lagu Medley

Sejuta Subscribers Siti Nurhaliza Persembahkan Lagu Medley

Kuala Lumpur, MTN – Pemenang tujuh kali Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH), Datuk Seri Siti Nurhaliza, 42, menghadiahkan tujuh lagu nyanyian secara medley sempena platfom YouTube mencecah sejuta subscribers, baru-baru ini.

Menerusi tiga video, persembahan Siti itu diiringi pemuzik, CT Band diketuai Pown Hasril. Video persembahan sudah pun dimuat naik sejak semalam menerusi akaun YouTube rasminya, Siti Nurhaliza Official.

Siti menyanyikan lagu Seribu Kemanisan dan Azimat Cinta secara medley, diikuti video kedua, Aku Bidadari Syurgamu dan Takhta Dunia, manakala Mungkin Hari Ini, Esok Atau Nanti dan Belum Siap Kehilangan dalam video ketiga.

“Kalau ikutkan jadual persembahan lagu medley ini ditetapkan pada Rabu, namun jumlah masih berbaki 800 subscribers untuk mencapai sejuta.

“Sudah menjadi rezeki, akaun YouTube mencecah angka Gold Play Button pada pada Selasa lalu.

“Terima kasih kepada peminat. Terima kasih juga YouTube dan Google yang menyediakan platform mendekatkan diri antara saya dan peminat,” katanya.

Penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu mula aktif dengan saluran YouTube sejak 25 Januari 2017.

“Genap empat tahun sembilan bulan, YouTube menjadi medan perkongsian kerjaya, aktiviti dan kehidupan saya.

“Terima kasih kepada pelanggan YouTube Siti Nurhaliza, semoga lebih banyak kandungan video dapat dikongsikan pada hari mendatang,” katanya.

Ibu kepada Aafiyah Khalid dan Muhammad Afwa Khalid itu meluahkan teruja dan tidak sabar untuk membuat video ‘unboxing’ Gold Play Button yang kini dalam perjalanan dari Amerika Syarikat ke Malaysia.

Gold Play Button adalah plat penghargaan yang diberikan YouTube kepada pembuat kandungan mencecah jumlah subscribers sebanyak sejuta.

Dalam perkembangan lain, Siti membolosi kelompok Top 5 bagi kategori Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular bersama Luca Sickta dan Kmy Kmo menerusi lagu 7 Nasihat.

Tidak ketinggalan, Siti disenaraikan dalam kategori baharu yang diwujudkan penganjur dan penaja iaitu Artis TikTok Popular.

Bercerita lanjut mengenai pencalonan dalam kategori Artis TikTok Popular, Siti berkata, pada mulanya berbelah-bagi menyatakan persetujuan untuk turut serta.

“Apabila pihak TikTok menghubungi pengurusan untuk mencalonkan nama saya dalam kategori ini, saya tidak terus memberikan kata putus.

“Namun, saya tidak mampu menafikan hakikat aplikasi TikTok adalah salah satu platform yang sedang digemari ramai, selepas membuat pertimbangan,

“Saya sendiri aktif menggunakannya untuk cabang kerjaya seni dan perniagaan.

“Atas kepercayaan diberikan, saya bersetuju dengan pencalonan nama saya,” katanya.

Pemilik empayar perniagaan SimplySiti itu mengumumkan pelantikan duta dan wajah baharu jenama berkenaan, Zahra Zura Aziza, 20, baru-baru ini.

[BH]

Facebook Comments

Author Profile

Maulia

About The Author

Leave a Reply