Selepas 86 Tahun, Solat Jumaat Pertama Di Hagia Sophia Istanbul Hari Ini | Malaysia News

Selepas 86 tahun, Solat Jumaat pertama di Hagia Sophia Istanbul hari ini

Solat Jumaat pertama selepas 86 tahun hari ini berlangsung kembali di Hagia Sophia, masjid ikonik Turki di Istanbul.

Ia berlangsung selepas republik itu menukar kembali status bangunan 1,500 tahun itu daripada muzium kepada masjid.

Presiden Recep Tayyip Erdogan turut hadir dalam acara itu, lapor Al Jazeera.

Pihak berkuasa agama berkata kira-kira 700 hingga 1,000 jemaah dapat menunaikan sholat Jumaat dengan mengambil kira penjarakan sosial satu meter bagi membendung Covid-19.

Ketika solat, lantai Hagia Sophia ditutup dengan hamparan permaidani manakala silingnya yang memaparkan gambar salib, Nabi Isa dan Mariam seperti kepercayaan Kristian ditutup seketika.

Tapak bersejarah Unesco itu dibina kerana era empayar Byzantine. Ia ditukar pertama kali kepada masjid selepas ditawan kerajaan Islam Usmaniah pada 1453.

Pengasas Turki moden Mustafa Kmal Ataturk yang terkenal dengan pendirian sekularnya kemudian Hagia Sophia kepada muzium pada 1934.

Facebook Comments