Shafie Gesa Wisma Putra ‘Tak Berlembut’ Isu Tuntuan Filipina Pada Sabah
Shafie Gesa Wisma Putra ‘Tak Berlembut’ Isu Tuntuan Filipina Pada Sabah
Kuala Lumpur, MTN | Ketua Menteri sementara Sabah Shafie Apdal mendesak Wisma Putra memanggil duta besar Filipina di Kuala Lumpur setelah beberapa pihak di negara itu mencadangkan untuk mencetak peta yang merangkumi negeri Sabah pada pasport negara berkenaan.
Shafie berkata Wisma Putra harus memberi amaran keras kepada duta besar Filipina mengenai tindakan itu, yang menurutnya adalah pelanggaran kedaulatan Sabah dan provokasi yang tidak sepatutunya.
“Sabah adalah negeri yang berdaulat dan perkara ini telah diselesaikan sejak sekian lama,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Dia mengingatkan bahawa rakyat Sabah telah dijanjikan keamanan dan perlindungan ketika bergabung dengan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.
Justeru, katanya, Kementerian Luar Negeri tidak boleh mengambil sikap berlembut terhadap pihak berkuasa Filipina berhubung “kenyataan tidak masuk akal akhir-akhir ini”.
Semalam, dilaporkan bahawa Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negara Filipina membenarkan cetakan peta Filipina meliputi kawasan 320 kilometer Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) dan merangkumkan Sabah di dalam pasport negara itu.
Peta itu merangkumi zon ekonomi eksklusif 200 batu nautika negara ini dan juga Sabah.
Langkah itu belum dibentangkan di Dewan Perwakilan Filipina untuk mendapatkan undian.
Sementara itu di Twitter, Menteri Luar Negeri Hishammuddin Hussien menjawab laporan berita mengenai tindakan itu dengan menegaskan bahawa Malaysia tidak akan mengiktiraf tuntutan asing ke atas Sabah.
“Saya telah menyatakan pendirian Malaysia mengenai Sabah sebelum ini, tidak ada keraguan – Sabah akan selamanya menjadi sebahagian daripada Malaysia,” katanya.[mk]
Author Profile
Latest entries
- NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
- NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
- NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
- PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri