Shah Firdaus Raih Emas di Acara Keirin

Shah Firdaus Raih Emas di Acara Keirin
Kuala Lumpur, MTN – Pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom membuktikan dia adalah pengganti Datuk Azizulhasni Awang apabila mengungguli di acara Keirin pada Kejohanan Trek Kebangsaan di Velodrom Nasional, Nilai, Rabu (15/12/2021).
Shah yang mewakili negara di Sukan Olimpik Tokyo 2020, meraih kemenangan sulungnya dalam acara berkenaan di peringkat kebangsaan selepas menewaskan rakan seperjuangan dari Selangor, Muhammad Fadhil Mohd Zonis.
“Saya bersyukur, ini adalah satu latihan yang baik buat kami kerana kami masih dalam peringkat latihan.
“Malah, saya pun tak meletakkan sasaran untuk menang, saya hanya mahu melakukan yang terbaik dan menikmati perlumbaan.
“Apapun, saya bersyukur, saya mengikuti perancangan dengan baik dan meraih emas individu pertama untuk keirin (di peringkat kebangsaan).
“Di sepanjang perjalanan saya di peringkat elit ini, banyak perkara yang saya belajar kerana semua ini memerlukan pengalaman yang tinggi. Kali ini, saya gunakan pengalaman yang ada, taktikal dan bagaimana untuk mengatasi mental saya.”
Shah berpeluang meraih emas berganda apabila dijadual menyertai acara pecut esok dan dia turut menyandarkan pengalamannya untuk meraih pingat dalam acara berkenaan.
“Saya sebelum ini berlumba dengan Datuk Azizulhasni (Awang). Beliau mempunyai banyak ilmu dan tahu bagaimana nak berlumba. Sekarang ini, saya nak cuba perkara itu untuk esok.
“Walaupun saya tak berada dalam keadaan yang sempurna, saya akan gunakan segala pengalaman yang dimiliki tetapi dalam perlumbaan apa-apapun boleh berlaku,” katanya.
[BH]
Author Profile
Latest entries
Kabar LainDecember 22, 2021Peningkatan Paras Air di Sebahagian Shah Alam
Seni & HiburanDecember 22, 2021Uyaina Teruskan Majlis Nikah Walaupun Pelamin Tenggelam
EkonomiDecember 21, 2021Swift Haulage Berhasil Disenaraikan di Pasaran Utama
Top NewsDecember 21, 202117 Disahkan Terkorban Akibat Banjir di Selangor