Skuad Harimau Malaya Di Pasar Dunia Makin Meningkat | Malaysia News

Skuad Harimau Malaya di Pasar Dunia Makin Meningkat

Skuad Harimau Malaya di Pasar Dunia Makin Meningkat

Skuad Harimau Malaya di Pasar Dunia Makin Meningkat

Kuala Lumpur, MTN – Saham skuad Harimau Malaya dalam ‘pasaran’ bola sepak dunia tampak semakin meningkat ketika ini apabila menjadi antara sasaran pasukan berada ranking lebih baik dalam Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk mengadakan aksi persahabatan.

Iran yang berada di ranking ke-22 dunia selain Palestin (99) dan India (107) menyatakan hasrat untuk menentang skuad kendalian Tan Cheng Hoe, namun ia terpaksa ‘ditangguhkan’ akibat pandemik COVID-19.

Skuad Harimau Malaya ketika ini berada di Amman, Jordan untuk aksi persahabatan berdepan dua pasukan dalam kelompok 100 terbaik dunia iaitu menentang pasukan di tangga ke-93, Jordan (malam lalu) dan Uzbekistan (84), Sabtu ini.

Mengulas perkembangan itu, pengurus pasukan Harimau Malaya, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi menjelaskan bahwa ia sebagai bukti pemain kebangsaan semakin berada pada tahap lebih baik.

“Sebenarnya banyak negara yang lebih baik dari kita sudah menunjukkan minat (untuk adakan aksi persahabatan). Kalau dulu mereka tak minat untuk bermain dengan Malaysia, sebab mereka (negara kuat) pun nak bermain dengan pasukan yang setanding atau lebih baik dari mereka.

“Kalau dulu sukar untuk kita dapatkan pasukan yang baik untuk adakan perlawanan persahabatan, tapi sekarang ini nampak sudah mula berubah. Masalah sekarang kita tak boleh adakan perlawanan di Malaysia.

“Jika kita nak ke sana (luar negara) pula, balik nanti kena kuarantin dan pemain ada perlawanan lagi selepas itu. Oleh sebab itu kita tak boleh nak atur banyak perlawanan persahabatan yang berintensiti tinggi ini,” katanya.

Selain itu, Mohd Yusoff yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjelaskan fokus utama pasukan kebangsaan ketika ini adalah untuk menentang pasukan yang berada pada ranking lebih tinggi.

Namun, beliau berkata, pada masa yang sama skuad Harimau Malaya juga tidak boleh melupakan aksi menentang pasukan ranking lebih rendah sebagai medan mendapatkan keyakinan pemain.

“Fokus kita untuk memastikan pemain kebangsaan berada pada tahap lebih tinggi. Kalau asyik lawan pasukan lebih rendah kita mungkin rasa selesa dan ingat kita sudah bagus, sedangkan tahap kita belum bagus lagi.

“Cuma kadang-kadang jurulatih perlu juga perlawanan dengan pasukan lebih rendah kerana jika sentiasa lawan pasukan kuat dan keputusan tak memihak kepada kita, ia akan menyebabkan pemain tak ada keyakikan pula,” katanya.

 

[BH]

Facebook Comments

Author Profile

Maulia

About The Author

Leave a Reply