Soal Tun M, Anwar Ibrahim: "Saya Tidak Pernah Menganggap Sebagai Musuh' | Malaysia News

Soal Tun M, Anwar Ibrahim: “Saya Tidak Pernah Menganggap Sebagai Musuh’

Soal Tun M, Anwar Ibrahim: “Saya Tidak Pernah Menganggap Sebagai Musuh’

Soal Tun M, Anwar Ibrahim: “Saya Tidak Pernah Menganggap Sebagai Musuh’

Kuala Lumpur, MTN – Presiden PKR Anwar Ibrahim hari ini berkata bahawa beliau tidak pernah menganggap Dr Mahathir Mohamad sebagai musuh, tanpa menghiraukan apa pun yang dilakukannya selama ini dalam politik.

Dalam rancangan bual bicara khas di Facebook Live pagi ini, ketua pembangkang itu memberitahu para hadirin bahawa beliau tidak pernah menyimpan dendam dengan sesiapa termasuk bekas anggota parti yang mengkhianatinya.

“Ada orang nak cadang supaya saya musuh secara peribadi, saya tak musuh. Soal dia nak buat kenyataan menyerang atau dia mungkir janji, itu soal dia bukan soal saya.

“Saya fikir kita mesti jaga nilai kemanusiaan dan adab serta memenuhi tanggugjawab kalau kita sebut adab dan akhlak,” katanya.

Jawapannya itu susulan kepada beberapa persoalan mengenai kenyataan bersama baru-baru ini yang dibuatnya dengan pengerusi Bersatu dan tindakan dua Adun PKR Kedah yang berpaling tadah awal minggu ini.

“Kalau kita sebut adab dan akhlak, kalau kita janji wajib tunaikan. Kalau tidak, beri penjelasan dan mohon maaf ,” katanya.

Walaupun Anwar tidak secara khusus meyebut sebarang nama, adalah dipercayai bahawa nasihat itu merujuk kepada janji Dr Mahathir untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada dirinya semasa Pakatan Harapan masih berkuasa.

Berdasarkan perjanjian gabungan itu sebelum memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018, Mahathir bersetuju untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar sebelum penggalnya berakhir. Walau bagaimanapun tidak ada garis masa yang ditetapkan untuk perkara itu.

Namun, perjanjian berkenaan berkecai apabila kerajaan PH tumbang pada akhir Februari lalu setelah kudeta politik yang disebut sebagai “Langkah Sheraton”. Langkah itu menyaksikan gabungan longgar yang terbentuk di antara puak Bersatu yang dipimpin oleh presidennya, Muhyiddin Yassin, Umno, PAS dan GPS mengambil alih pentadbiran persekutuan.

Facebook Comments

Author Profile

Anand Pavit

About The Author

Leave a Reply