Sri Abdul Wahid: Korporat Perlu Menjadikan Agenda Kelestarian Sebagai Tumpuan Utama Pelan Pembangunan

Sri Abdul Wahid: Korporat Perlu Menjadikan Agenda Kelestarian Sebagai Tumpuan Utama Pelan Pembangunan
Kuala Lumpur, MTN – Korporat perlu menjadikan agenda kelestarian sebagai tumpuan utama pelan pembangunan mereka, kata Pengerusi Bursa Malaysia dan juga Profesor Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam (INCEIF) Tan Sri Abdul Wahid Omar.
Beliau berkata terdapat konsep empat kuadran kelestarian korporat iaitu tentang tempat kerja, pasaran, komuniti, dan persekitaran yang mana warganegara yang bertanggungjawab perlu meliputi kesemua empat kuadran ini.
“Saya fikir secara umumnya mereka (korporat) telah melakukannya tetapi satu bahagian yang mungkin perlu diperkukuh adalah konteks kelestarian yang lebih meluas, bukan sebagai tanggungjawab sosial korporat tetapi sebagai satu cara menjalankan perniagaan,” katanya.
Abdul Wahid merupakan salah seorang ahli panel dalam webinar Pemulihan Lestari dan Inklusif: Merangka Realiti Baharu: Perbincangan Panel, hari ini.
“Saya fikir sudah pastinya banyak lagi yang mereka boleh lakukan, dan saya fikir sebelum ini kita telah melihat banyak tumpuan diberikan kepada pendapatan bersih,” kata Abdul Wahid.
Beliau juga berkata sekiranya korporat tidak melihat perniagaan mereka secara lestari, ia tidak akan menjadi lestari kerana asas pelanggan mereka akan hilang sekiranya mereka tidak melihat kepada persekitaran.
“Sebagai contoh, dalam kes perladangan (syarikat) tidak ada orang yang akan membeli produk sawit anda sekiranya anda tidak menjaga tenaga kerja anda,” kata Abdul Wahid.
[bernama]
Author Profile
Latest entries
Kabar LainDecember 22, 2021Peningkatan Paras Air di Sebahagian Shah Alam
Seni & HiburanDecember 22, 2021Uyaina Teruskan Majlis Nikah Walaupun Pelamin Tenggelam
EkonomiDecember 21, 2021Swift Haulage Berhasil Disenaraikan di Pasaran Utama
Top NewsDecember 21, 202117 Disahkan Terkorban Akibat Banjir di Selangor