‘Takut’ Kuman Covid-19, Kerajaan Arab Saudi Tutup Sementara Masjidil Haram
‘Takut’ Kuman Covid-19, Kerajaan Arab Saudi Tutup Sementara Masjidil Haram
Kuala Lumpur, MTN – Kerajaan Arab Saudi memutuskan untuk menutup sementara Masjidil Haram dan kawasan sekitarnya sementara selepas waktu Isyak sehingga menjelang waktu Subuh.
Ia dilakukan bagi proses pembasmian kuman gara-gara Covid-19.
“Haramain akan ditutup setelah solat Isya dan akan dibuka kembali sebelum waktu solat Fajr (Subuh),” jelas Presiden Pusat Komunikasi Islam Arab Saudi, Faheem H. Alhamid.
Faheem memberitahu, selama waktu penutupan tersebut tidak ada satu orang pun yang melaksanakan solat atau tawaf.
Kenyataan itu juga menjawab berita yang tular di media sosial seolah-olah Kaabah kosong gara-gara Covid-19 sedangkan kawasan itu hanya kosong hanya beberapa jam sahaja.
Sebelum itu, Arab Saudi telah menangguhkan pelaksanaan ibadah umrah termasuk mengunjungi Masjid Nabawi di Madinah.
Ia bukan dikuatkuasakan kepada warga luar malah ia meliputi kepada penduduk tempatan.
Setakat ini, pemerintah Arab Saudi melaporkan tiga warga negaranya telah dijangkiti Covid-19.
Author Profile
Latest entries
- NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
- NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
- NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
- PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri