Cegah Covid-19, Israel Tutup Pintu Masuk dan Keluar dari Bethlehem

Cegah Covid-19, Israel Tutup Pintu Masuk dan Keluar dari Bethlehem
Kuala Lumpur, MTN – Israel menutup pintu masuk dan keluar dari bandar Bethlehem di Palestin ekoran kebimbangan penularan wabak COVID-19, memetik media Israel pada Jumaat lapor agensi berita Sputnik
Menurut Channel 13, Menteri Pertahanan Israel Naftali Bennett bersama kepemimpinan tentera dan koordinator pemerintahan wilayah pada Khamis bersetuju dengan penutupan itu.
Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Khamis turut mengumumkan darurat. Pihak berkuasa Palestin berkata sekolah dan universiti akan ditutup selama 30 hari. Terdahulu, Kementerian Kesihatan negara itu melaporkan tujuh kes baharu COVID-19.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) terdapat empat kes disahkan di Palestin dan 15 di Israel. [Bernama]
Author Profile
Latest entries
NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri