Tiga Penyanyi Teruja Buat Persembahan Hadapan PM | Malaysia News

Tiga Penyanyi Teruja Buat Persembahan Hadapan PM

Tiga Penyanyi Teruja Buat Persembahan Hadapan PM

Tiga Penyanyi Teruja Buat Persembahan Hadapan PM

Kuala Lumpur, MTN – Pelancaran Keluarga Malaysia oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Borneo Convention Centre Kuching, Sarawak, malam lalu disambut baik anak seni.

Bagi penyanyi yang bakal beraksi iaitu Dayang Nurfaizah, Hael Husaini dan Vince, masing-masing menyifatkan program itu cukup istimewa dan suatu penghargaan buat mereka.

Dayang Nurfaizah teruja dapat membuat persembahan di hadapan Perdana Menteri apatah lagi selepas sekian lama tidak menyanyi pada acara besar.

Dayang teruja beraksi di negeri kelahiran sendiri pada pelancaran Keluarga Malaysia di Kuching.

“Saya teruja dapat terbabit pada acara ini selepas sekian lama tiada program besar. Sekurang-kurangnya dapat buat kemunculan semula.

“Malah, apa yang lebih membanggakan adalah dapat mengadakan persembahan di hadapan Perdana Menteri, barisan menteri dan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg.

“Selain itu, saya juga dapat menyanyikan lagu patriotik dengan nafas baru,” katanya.

Senada dengan Dayang, Hael juga melihat program pelancaran Keluarga Malaysia memberi petanda baik dan perkembangan positif kepada industri hiburan tempatan.

Hael melihat acara pelancaran Keluarga Malaysia sebagai memberi petanda baik kepada industri hiburan tempatan pada era pandemik COVID-19.

“Pastinya dengan adanya acara begini dapat merancakkan semula industri hiburan. Penganjuran acara ini memberi peluang kepada artis kembali beraksi di pentas.

“Apa yang menariknya, pada acara ini, saya bersama artis lain cukup teruja apabila berpeluang menyanyikan lagu rasmi Keluarga Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Vince menganggap majlis pelancaran itu dapat memberi manfaat kepada banyak pihak. Bukan sahaja kepada penyanyi dan pemuzik, malah mereka yang terbabit dalam penganjuran acara berkenaan.

Vince menganggap penganjuran acara besar seperti pelancaran Keluarga Malaysia memberi peluang pekerjaan kepada banyak pihak pada era pandemik COVID-19.

“Program besar ini memberi kesan limpahan yang akan memanfaatkan banyak pihak dalam industri hiburan dan sokongan.

“Paling penting, semangat Keluarga Malaysia dapat diperkukuhkan melalui program hiburan yang membabitkan elemen atau semangat muhibah,” katanya.

 

[BH]

Facebook Comments

Author Profile

Maulia

About The Author

Leave a Reply