Tun M: Kita Mahu Jadi Penentu Siapa Menang PRU-15 | Malaysia News

Tun M: Kita Mahu Jadi Penentu Siapa Menang PRU-15

Tun M: Kita Mahu Jadi Penentu Siapa Menang PRU-15

Tun M: Kita Mahu Jadi Penentu Siapa Menang PRU-15

Kuala Lumpur, MTN – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata parti yang bakal ditubuhkan kelak akan menjadi kumpulan penentu kepada siapa yang akan mendapat kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15).

Beliau berkata, biarpun berada dalam pihak minoriti namun partinya itu akan dapat menjadi kuasa blok ketiga dalam arena politik negara.

“Kita harus bebas dan tidak terikat dengan sesiapa. Kita berbeza tapi bila kita bertanding kita tidak akan dapat kerusi yang cukup untuk menubuhkan kerajaan.

“Tetapi kumpulan kita yang akan tentukan siapa yang menang (PRU-15). Jika ada dua puak, kita akan tentukan permainan (game changer),” katanya.

Mahathir berkata demikian dalam ucapan sempena Wadah Perjuangan Baru Bersama Ayahanda Tun di Hotel Pullman hari ini.

Mahathir dan lima lagi pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dilucutkan keahlian hari ini membuat sidang media dengan berkata akan membentuk parti baharu berteraskan Melayu dan Bumiputera.

Dalam pada itu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pula berkata, kerjasama dengan mana-mana pihak selepas PRU-15 akan bergantung kepada faktor kumpulan mana yang menolak kleptokrasi.

“Kita mesti kerjasama dengan satu pihak untuk wujudkan kerajaan. Jadi ketika itu kita boleh buat pilihan dengan siapa kita nak bekerjasama.

“Tapi apa pun, sesiapa yang kita nak kerjasama tidak boleh kleptokrasi dan kena ikut kita punya kehendak dan tidak mahu kerjasama dengan mana-mana pihak yang rasa akan bawa kerosakan kepada negara,” katanya selepas program tersebut.

Mukhriz bakal mengepalai parti baharu itu dan Mahathir akan bertindak sebagai pengerusi untuk parti baharu itu.[mg]

Facebook Comments

Author Profile

Anand Pavit

About The Author

Leave a Reply