Ulama PAS: DAP Sebagai Kumpulan yang Lupa Diri dan ‘Tetamu yang Tidak Baik’

Ulama PAS: DAP Sebagai Kumpulan yang Lupa Diri dan ‘Tetamu yang Tidak Baik’
Kuala Lumpur, MTN – Ulama kanan PAS menganggap DAP sebagai kumpulan yang lupa diri dan tidak layak berada di negara ini kerana menjadi “tetamu yang tidak baik”.
Ahli Jawatankuasa Ulama PAS Pusat, Mokhtar Senik, mendakwa semasa dalam kerajaan, DAP menggunakan kuasa yang ada untuk menjadikan Malaysia sebagai negara DAP.
“DAP bukan sekadar perlu dicantas, tapi perlu dicabut hingga ke akar umbinya.
“Perdu DAP tidak patut ada dalam kebun Tanah Melayu ini. Bukan kerana kita kaum yang tidak boleh bersama orang lain, tapi orang lain itu biadab apabila kita memberi sedikit tempat kepadanya.
“Tetamu yang lupa diri tidak layak terus berada di ruang tamu ini. Sesungguhnya kita boleh menerima sesiapa sahaja sebagai tetamu, tetapi ada adab dan peraturannya. DAP bukan tetamu yang baik,” katanya semalam.
Kenyataan itu dibuat sehari sebelum Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dijadual mengumumkan barisan kabinetnya petang ini. Pemimpin PAS dijangka adalah antara individu yang akan dilantik ke jawatan menteri.
Menggunakan kiasan, Mokhtar berkata orang Melayu Muslim tidak perlu menyambut “tetamu biadab” tersebut, selain sibuk mahu menghalau penghuni rumah berkenaan.
Untuk rekod sebelum ini seorang pendakwah berpengaruh, Dr Zakir Naik, pernah menggunakan istilah “tetamu” untuk merujuk kepada warganegara Malaysia yang bukan Melayu dalam ceramahnya di Kelantan.
Mokhtar juga memberi penjelasan mengapa pelantikan Muhyiddin dan kerajaan Perikatan Nasional adalah tindakan yang wajar.
“Mengambil alih kuasa ketika negara tidak dimiliki oleh mana-mana perdana menteri bukan dinamakan rampas kuasa,” katanya.[mk]
Author Profile
Latest entries
NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri