Unit Karyon Industries Tutup Sementara Kilang Pembuatan | Malaysia News
December 14, 2024

Unit Karyon Industries Tutup Sementara Kilang Pembuatan

Unit Karyon Industries Tutup Sementara Kilang Pembuatan

Unit Karyon Industries Tutup Sementara Kilang Pembuatan

Kuala Lumpur, MTN – Anak syarikat milik penuh Karyon Industries Bhd, Allbright Industries (M) Sdn Bhd (AISB), menutup sementara kilang pembuatan di Plentong, Johor selepas empat pekerja pengeluarannya disahkan positif COVID-19.

Pembuat produk polimerik itu menjelaskan semua pekerja berkenaan kini menerima rawatan di kemudahan kerajaan yang ditetapkan seperti diarahkan Kementerian Kesihatan.

“Semua pekerja di kemudahan pembuatan yang terjejas telah dikuarantinkan dan akan menjalani saringan seterusnya,” menurutnya dalam kenyataan.

Menurut Karyon Industries kawasan kemudahan pembuatan yang terjejas telah ditutup buat sementara untuk prosedur disinfeksi dan sanitasi.

Ia kekal ditutup sehingga diberitahu kemudian dan seperti dinasihatkan oleh kementerian tersebut, menurutnya.

“Buat masa ini, syarikat tidak dapat menilai kesan kewangan yang timbul akibat penutupan sementara kemudahan pembuatan yang terjejas.

“Syarikat akan terus memantau situasi ini dan perkembangan lanjut mengenai perkara ini akan dimaklumkan kepada Bursa Malaysia Securities Bhd dalam masa terdekat,” menurut Karyon Industries.

AISB menjalankan aktiviti terutama dalam pembuatan dan dagangan stearat logam termasuk kalsium stearat, zink stearat dan magnesium stearat, di samping penstabil polivinil klorida (PVC).

Stearat logam digunakan khususnya sebagai bahan tambahan untuk pelinciran dan serakan pemprosesan plastik.

 

[bernama]

Facebook Comments

Author Profile

Maulia

About The Author

Leave a Reply