Webinar Cyberview, Peluang Transformasi Digital | Malaysia News

Webinar Cyberview, Peluang Transformasi Digital

Webinar Cyberview, Peluang Transformasi Digital

Kuala Lumpur, MTN – Cyberview Sdn Bhd yang juga pemaju hab teknologi Cyberjaya, menganjurkan webinar secara langsung bertemakan ‘Surviving a Pandemic: What it Means to Digitally Transform your Business’, pada Jumaat.

Dalam kenyataannya, Cyberview menyatakan webinar itu bertujuan mengetengahkan cabaran serta peluang yang dihadapi oleh industri mobiliti pintar dan hartanah ketika pandemik tersebut, selain memperincikan bagaimana usaha pendigitalan dapat memacu ekonomi.

Barisan penceramah termasuk PengarahPenerimagunaan Digital Perniagaan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Muhundhan Kamarapullai,Ketua Pegawai Eksekutif Moovby Nik Muhammad AminNik Muhammad Kamil danKetua Pegawai Strategi NEXPlatform Stephen Lim.

Menurut Muhundhan, sumbangan ekonomi digital terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) juga ketara iaitu 19.1 peratus sebelum pandemik dan diunjur meningkat lebih 20 peratus menjelang akhir tahun ini.

Perniagaan perlu menerima dan mengguna pakai pendigitalan dan syarikat tradisional khususnya perlu memahami bahawa teknologi adalah satu pengupaya.

Kalangan pemimpin perlulah berfikiran jauh dalam usaha transformasi digital masing-masing dengan terlebih dahulu mengenal pastidan menumpukan bidang yang boleh ditambah baik serta dikembangkan secarapantas, katanya.

Sementara itu, Lim pula menyifatkan data sebagai mata wang baharu perniagaan masa depan dan adalah penting bagi syarikat atau perniagaan memanfaatkan data untuk mempertingkat strategi komersial dan transformasi digital masing-masing.

Sejajar dengan perkembangan pandemik, aspek seperti penyelesaian digital dan data pelanggan dapat membantu para penggiat sektor hartanah melakukan jangkauan serta mengambil keputusan berkaitan, katanya.

Beliau berkata, dalam kajian kes pandemik, NEX Platform, yang terbabit menyediakan penyelesaian hartanah berteraskan data pintar untuk pemaju dan agensi hartanah, turut membantu salah satu pemaju hartanah Malaysia melancarkan portal pemilihan unit pertama di negara ini.

Menurutnya, dalam tempoh 30 minit pertama sejurus pelancaran itu, sebanyak 80 peratus pemilihan terbabit dapat dilaksanakan secara digital.

Dalam pada itu, Nik Muhammad Amin juga sependapat dengan kenyataan bahawa perniagaan perlu mengutamakan aspek ketangkasan serta mencabar status quo dalam persekitaran normal baharu sama ada menerusi usaha mempelbagaikan tawaran produk atau meneroka segmen pasaran baharu.

Moovby yang juga platform perkongsian kereta, turut mendapat impak pandemik tetapi bertindak pantas melancarkan perkhidmatan baharu yang mendapat permintaan seperti Disinfection4U — perkhidmatan disinfeksi atau pembersihan kuman profesional.

Kami turut melancarkan jenama baharu iaitu Unimoov menerusi kerjasama dengan pihak Universiti Teknologi Mara untuk menggalakkan penuntut berkongsi dan menyewa kereta dari komuniti sekitar mereka, katanya.
-Bernama

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply