Wisma Putra Pantau Perkembangan Terkini Gempa Bumi Di Laut Aegean | Malaysia Top News
January 16, 2021

Wisma Putra Pantau Perkembangan Terkini Gempa Bumi di Laut Aegean

MTN – Kementerian Luar sedang memantau perkembangan selepas gempa bumi kuat berukuran 7.0 pada skala Richter menggegar Laut Aegean, pada 30 Okt (semalam).

Menurut kementerian dalam kenyataan hari ini, gempa itu telah menjejaskan bandar Izmir, Turki dan Kepulauan Samos, Greece.

“Kementerian mengucapkan simpati dan takziah daripada kerajaan Malaysia kepada kerajaan dan rakyat Republik Turki dan Republik Hellenik atas kehilangan nyawa dan kecederaan berikutan bencana itu. Malaysia berdiri teguh dalam semangat setia kawan bersama mereka menghadapi keadaan yang mencabar ini.

“Menurut laporan awal, sebilangan rakyat Malaysia yang kini berada di Izmir selamat dan tiada rakyat Malaysia lain yang terkesan secara langsung dengan bencana itu,” menurut kenyataan tersebut.

Advertisement

Rakyat Malaysia yang kini berada di Turki yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Ankara (Telefon: +90 312 4463547/ 48, Fax: +90 312 4464130, E-mel: mwankara@kln.gov.my) dan/atau Konsulat Jeneral di Istanbul (Telefon: +90 212 3261956/ +90 536 2896788/ +90 552 7970509, E-mel: mwistanbul@kln.gov.my).

Mereka yang berada di Greece boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Bucharest (yang juga mewakili Greece) (Telefon: +40 21 211 3801/3802, Fax: +40 21 210 0270, E-mel: mwbucharest@kln.gov.my).

[mk]

Advertisement
Facebook Comments
Share on:
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •