Zahida: Abd Latiff Jangan Lupa Kedudukan Sebagai Ahli Parlimen Mersing Atas Tiket UMNO
Zahida: Abd Latiff Jangan Lupa Kedudukan Sebagai Ahli Parlimen Mersing Atas Tiket UMNO
Kuala Lumpur, MTN – Datuk Dr Abd. Latiff Ahmad seharusnya munasabah diri daripada mana kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Mersing jika bukan atas tiket UMNO dan bantuan daripada parti itu.
Oleh itu, Menteri Pembangunan Luar Bandar itu perlu belajar untuk rasa hormat sesama rakan gabungan dalam kerajaan hari ini dan berdisiplin sebagai pimpinan tertinggi.
Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, sayap itu mengecam kenyataan biadap dan angkuh oleh Abd. Latiff yang menyatakan UMNO Sabah sudah tidak laku.
Kenyataan itu bukan sahaja mengguris hati Ahli Ahli UMNO di Sabah, malah pejuang parti seluruh Malaysia yang terus bersetia walau dalam keadaan susah dan perit ketika menjadi pembangkang.
”Adakah UMNO sudah tidak laku? Sedangkan rakyat sudah menjadi saksi kebangkitan parti keramat ini hingga kami diberi mandat menang dalam enam Pilihanraya Kecil dan dua daripadanya menewaskan parti kalian pada ketika itu.
”Justeru, demi maruah UMNO parti keramat ini, kami mendesak agar Datuk Latiff segera melepaskan jawatannya selaku Menteri Kabinet. Puteri UMNO juga tidak akan sesekali merelakan maruah parti ini dari terus diperlekeh oleh pihak lawan mahupun kawan,” tegasnya.[mg]
Author Profile
Latest entries
- NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
- NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
- NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
- PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri