Zulin Aziz- Saya Belum Dipanggil SPRM | Malaysia News
September 17, 2024

Zulin Aziz- Saya Belum dipanggil SPRM

Zulin Aziz- Saya Belum dipanggil SPRM

Kuala Lumpur, MTN – Isu beberapa selebriti yang akan dipanggil pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes Macau Scam dan penggubahan wang haram menyebabkan nama pelakon dan pengacara Zulin Aziz turut dikaitkan.

Zulin atau nama sebenarnya, Farah Azleenda Abdul Aziz, antara yang disebut-sebut netizen merupakan salah seorang selebriti yang turut dipanggil memberi keterangan berhubung isu berkenaan.

Enggan menjadi mangsa keadaan, Zulin tampil memuat naik beberapa entri di laman Instagram miliknya menjelaskan perkara tersebut bagi menutup mulut netizen yang gemar membuat andaian tanpa sebarang bukti kukuh walaupun dia sudah menjelaskan isu itu sebelum ini.

“Apalah salah dosa aku? Korang fitnah aku bertubi-tubi, cakap memalukanlah, apalah. Selagi tak disebut nama, selagi itu netizen buat andaian dan fitnah aku.

“Di sini saya jelaskan, saya tidak pernah dipanggil untuk bantu siasatan oleh SPRM. Saya tidak ada kena mengena dengan sindiket itu malah tidak pernah menjalankan perniagaan dengan mereka.

“Dmagia, bisnes yang saya usahakan ini adalah kerjasama dengan syarikat sireh emas. Saya tidak pernah dipanggil daripada kes ini. Gambar saya disebarkan netizen hanya kerana saya mengenali mereka (suspek),” luah wanita berusia 30 tahun itu.

Menurut Zulin lagi, dia memang mengenali suspek yang pernah ditahan SPRM namun mereka hanya merupakan kenalannya sahaja.

 

View this post on Instagram

 

Apalah salah dosa aku? Korang fitnah aku bertubi2,ckp memalukan lah apalah.Selagi tak disebut nama,selagi tu netizen buat andaian dan fitnah aku. . Disini saya jelaskan,saya tidak pernah dipanggil untuk bantu siasatan oleh @sprm.community . Saya tidak ada kena mengena dengan sindiket itu malah tidak pernah menjalankan perniagaan dengan mereka dan tidak pernah sama sekali menerima apa2 dana. . Dmagia ,bisnes yang saya usahakan ini adalah kerjasama saya dengan syarikat sireh emas,boleh google kalau tak tahu. . Saya tidak pernah dipanggil,terlibat,dan ada kena mengena. susulan dari kes ini,gambar saya disebarkan NETIZEN hanya kerana saya mengenali mereka. . Anda juga pernah ada kenalan. Kalau @emeliehanif_ ke @ayranasir_official ke kena tangkap,logiklah saya dipanggil Sprm . Kalau saya diminta untuk bagi keterangan,apa yg saya boleh kongsi ; Saya pernah pergi majlis hari jadi anaknya Saya pernah bercuti di itali pakai duit sendiri Saya pernah masakkan mereka asam pedas ikan pari Saya memang suka berkawan dan melakukan hal yg sama dengan semua .Sesiapa saja yg berkawan dengan saya,saya masak untuk mereka,saya pergi ke majlis yg dijemput dan jika diajak bercuti,sekiranya ada kelapangan,saya pergi.Saya juga menjaga batas pergaulan. Yang paling rapat dengan saya anda boleh tengok sendiri aktiviti harian saya di instagram . . Sekian dari saya untuk bantu siasatan. Haih😞. . Saya berani kerana benar. Saya mencari rezeki yg halal dengan meniaga ,berlakon,buat review,masak. . Saya tidak pernah menayang kemewahan dan saya menjalani kehidupan serba sederhana. Saya harap dengan apa yg saya tulis ini sedikit sebanyak buat anda berfikir dan stop fitnah saya makan duit haram. . Tidak ada apa lagi yg nak dikatakan,cukuplah karangan ini dari saya buat netizen diluar sana.

A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz) on Oct 20, 2020 at 2:30am PDT

“Saya memang suka berkawan dan melakukan hal yang sama dengan semua. Sesiapa sahaja yang berkawan dengan saya, saya masak untuk mereka, saya pergi ke majlis yang dijemput dan jika diajak bercuti, sekiranya ada kelapangan, saya pergi.
“Saya berani kerana benar. Saya mencari rezeki yang halal dengan meniaga, berlakon, buat review dan masak.

“Saya tidak pernah menayang kemewahan dan saya menjalani kehidupan serba sederhana. Saya harap dengan apa yang saya tulis ini sedikit sebanyak buat anda berfikir dan berhenti fitnah saya makan duit haram,” jelasnya lagi.

Sebelum ini, SPRM telah memberikan kenyataan bahawa 10 selebriti bakal dipanggil oleh pihak mereka bagi membantu siasatan selepas tiada yang tampil secara sukarela untuk memberi keterangan.

 

[mg]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply