11 Dana PMB Investment Catat Prestasi Cemerlang di 2020
11 Dana PMB Investment Catat Prestasi Cemerlang di 2020
Kuala Lumpur, MTN – Anak syarikat Pelaburan MARA Bhd, PMB Investment Bhd mengumumkan 11 daripada 16 dana di bawahnya yang berada dalam senarai Lipper Investment Management bagi kategori unit amanah Ekuiti Malaysia, Ekuiti Pertumbuhan, Ekuiti Pertumbuhan Pendapatan dan dana Ekuiti Index, merekodkan prestasi cemerlang bagi tempoh berakhir 31 Dis 2020.
Dana tersebut terdiri daripada PMB Shariah TNB Employees Fund yang mencatat pertumbuhan 66.3 peratus, manakala PMB Shariah Growth Fund dan PMB Shariah Small-Cap Fund di bawah kategori Ekuiti Pertumbuhan Malaysia merekodkan pulangan masing-masing sebanyak 54.8 peratus dan 37.1 peratus
PMB Shariah ASEAN Stars Equity USD yang juga dana Ekuiti Pertumbuhan mencatat pulangan sebanyak 35.3 peratus, PMB Shariah Tactical Fund (27.7 peratus) dan PMB Dana Bestari (26.4 peratus).
Prestasi PMB Investment juga melepasi penanda aras FBM Emas Syariah dalam kategori Ekuiti Syariah Indeks Malaysia apabila PMB Shariah Index Fund merekodkan prestasi pulangan berjumlah 24.9 peratus, PMB Shariah Premier Fund (17.7 peratus), PMB Dana Mutiara Fund (13.4 peratus), PMB Dana Al-Aiman (12.4 peratus) dan PMB Shariah Aggressive Fund (11.7 peratus).
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Mahani Ibrahim berkata PMB Investment bakal melancarkan dua dana baharu untuk 2021 berkaitan wakaf dan unit amanah global yang akan diperkenalkan pada akhir suku pertama dan ketiga tahun ini.
Mahani berkata konsep dana Wakaf yang berkenaan adalah yang pertama di Malaysia dan PMB Investment menyasarkan jualan sehingga RM50 juta untuk tahun pertama ia dilancarkan.
Dana Wakaf ini merupakan dana aset campuran yang dibentuk daripada pelaburan ekuiti, sukuk dan pasaran wang, terbuka kepada pelaburan individu dan korporat.
[bernama]
Author Profile
Latest entries
- Kabar LainDecember 22, 2021Peningkatan Paras Air di Sebahagian Shah Alam
- Seni & HiburanDecember 22, 2021Uyaina Teruskan Majlis Nikah Walaupun Pelamin Tenggelam
- EkonomiDecember 21, 2021Swift Haulage Berhasil Disenaraikan di Pasaran Utama
- Top NewsDecember 21, 202117 Disahkan Terkorban Akibat Banjir di Selangor