Intan Ladyana dan Harris Alif Berkahwin Secara Rasmi
Intan Ladyana dan Harris Alif Berkahwin Secara Rasmi
Kuala Lumpur, MTN – Pelakon Intan Ladyana akhirnya bergelar isteri kepada penyanyi Harris Alif dengan sekali kali lafaz dalam satu acara pernikahan di Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hari ini.
Acara pernikahan disempurnakan Penolong Pengarah Jawi, Ustadz Muhammad Azlan Marukum selaku jurunikah dan juga wakil wali.
Turut hadir dan menyaksikan penyatuan Harris dan Intan adalah Pendaftar Nikah, Cerai, Ruju’ Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ustaz Nasir Abdullah.
Dalam satu sidang media virtual, Harris memberitahu acara pernikahan terpaksa diawalkan sehari memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan ketika ini.
“Kami ingatkan bulan Februari tu keadaan dah okey, tetapi kita memang tak boleh nak jangka apa yang akan terjadi.
“Jadi, kami memilih tarikh 5 Februari kerana tarikh berkenaan juga telah disarankan oleh pihak JAWI setelah kami bertanya kepada mereka,” ujarnya.
Pada majlis itu, Harris menyerahkan mas kahwin berupa set perhiasan barang kemas dan sebentuk cincin berlian.
Manakala barangan hantaran iaitu sembilan dulang daripada pihak pengantin perempuan berbalas tujuh dulang daripada pihak lelaki, tidak dibawa bersama sebagai mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan.
Mereka awalnya merancang untuk bernikah pada 6 Februari selepas mula menyulam cinta sejak Mac tahun lalu.
Mengikut perancangan awal, pasangan ini turut mendapat tajaan lebih RM13.5 juta untuk beberapa majlis yang sepatutnya dilangsungkan termasuk malam berinai, majlis pernikahan, resepi dan majlis bertandang.
Sementara itu, Intan pula berkata, dalam keadaan sekarang ini dia dan suami merasakan pernikahan harus diutamakan terlebih dahulu.
“Ketika Covid-19 ni memang sukar untuk membuat perancangan dan kami rasa biarlah kami bernikah dahulu.
“Untuk majlis resepsi pula memang ia akan tetap diadakan cuma sekarang ini kami buat mana yang lebih penting,” ujarnya.
Biarpun usia 17 tahun membezakan mereka, bukan alasan atau halangan untuk mengakhiri hubungan ke jenjang pelamin.
[MG]
Author Profile
Latest entries
- Kabar LainDecember 22, 2021Peningkatan Paras Air di Sebahagian Shah Alam
- Seni & HiburanDecember 22, 2021Uyaina Teruskan Majlis Nikah Walaupun Pelamin Tenggelam
- EkonomiDecember 21, 2021Swift Haulage Berhasil Disenaraikan di Pasaran Utama
- Top NewsDecember 21, 202117 Disahkan Terkorban Akibat Banjir di Selangor