13 NGO Sasar 10,500 Topeng Muka Untuk Hospital | Malaysia News
April 8, 2020

13 NGO Sasar 10,500 Topeng Muka Untuk Hospital

Kuala Lumpur, MTN – Situasi Covid-19 semakin getir, setiap hari ada peningkatan pesakit baharu namun keperluan alat perlindungan semakin berkurangan.

Bagi membantu barisan hadapan, gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melancarkan tabung Projek Face Shield Heroes Malaysia bagi menyalurkan bantuan keperluan topeng muka untuk mereka yang berkhidmat menangani penularan wabak itu.

Antara NGO terbabit Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia (Pemuda GEMA), Projek Wawasan Rakyat, Persatuan Belia HARMONI Malaysia (HARMONI), Malaysia Outreach Volunteer Experience (MOVE), Pertubuhan Komuniti Harap Kuantan (HARAP), Cinta Gaza Malaysia, The Clean Air Forum Society of Malaysia (MYCAS), Rotary Club Sentul, IKRAM Bantu: Yayasan IKRAM (iBantu), Malaysia Rare Disorder Society (MDRS), MPP UNIMAS, Pertubuhan Ihsan Masyarakat Malaysia (PRISMA) dan StreetNgaji.

Pengarah Projek, Zulhimi Bachok yang mewakili Pemuda GEMA berkata, sasaran tabung adalah bagi mengutip RM30,000 bagi pengeluaran 10,500 unit topeng muka yang perlu disiapkan dalam masa tujuh hari.

“Bagi Hospital Sungai Buloh sahaja kita memerlukan 1,500 unit topeng sehari.

“Kami memerlukan maklumat pembekal yang dapat membekalkan barang-barang membuat face shield.

“Pada ketika ini pengeluaran topeng muka amat kritikal dan sudah ramai petugas dijangkiti wabak.

“Ia amat menyedihkan mereka berkorban nyawa demi menyelamatkan nyawa lain,” katanya.

hero
Timbalan Presiden The Clean Air Forum Society of Malaysia (MYCAS), Prof Madya Dr Juliana Jalaludin berkata, sukarelawan NGO terbabit dalam proses penyediaan, membuat, mengumpul dan menghantar “face shield” kepada petugas di kawasan Lembah Klang dan Selangor .

“Selain mengumpul dana, kami juga mengalu-alukan sukarelawan negara ini dan juga mana-mana NGO lain yang ingin berkerjasama untuk menyertai program ini. Sukarelawan boleh menghasilkan sendiri face shield di rumah masing-masing.

“Satu sistem dokumentasi lengkap untuk menghasilkan sendiri face shield akan diberi,” katanya.

Sumbangan boleh dibuat melalui:
.
Klik disini: http://www.billplz.com/faceshieldheroes
Klik disini: http://www.billplz.com/faceshieldheroes

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Tim Komunikasi Pemuda GEMA – 6011-62009240 (Puan Umi Kelathun) –[mg]

Share on:
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •