Anwar Ibrahim: PKR Tidak Akan Bertolak Ansur Yang Terlibat Jenayah | Malaysia News

Anwar Ibrahim: PKR Tidak Akan Bertolak Ansur yang Terlibat Jenayah

Kimanis, MTN – Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana ahli, termasuk pimpinan parti itu yang terlibat dengan jenayah. Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tindakan tegas akan diambil, termasuk menggantung keahlian mereka.

“Kalau sah ujian (air kencing positif) oleh polis dan penangkapan, selalunya kita ambil tindakan segera gantung (keahlian). Kita tidak boleh tolak ansur dalam soal jenayah,” katanya.

“Selalunya dalam parti kita serah kepada lembaga disiplin untuk putuskan…dalam masa singkat kita ambil tindakan,” tambahnya.

Beliau diminta mengulas penahanan seorang Ahli Majlis Pimpinan Pusat Angkatan Muda Keadilan, yang merupakan antara 17 individu ditahan di sebuah kondominium di Jalan Puchong, Kuala Lumpur, awal pagi Isnin, dengan kebanyakan mereka didapati positif dadah.

Terdahulu dalam ucapannya, Ahli Parlimen Port Dickson itu mahu rakyat di Kimanis terus memberi sokongan kepada parti pemerintah, yang diamanahkan membawa perubahan di negeri ini selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

Beliau berkata Parti Warisan Sabah di bawah pimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, sudah pastinya akan membawa perubahan atas kehendak rakyat Sabah.[bernama]

Share on:
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •   
  •  
  •  

Leave a Reply