Zuhuraina Makmur: Hentikan Isu Peralihan Kuasa Perdana Menteri
Zuhuraina Makmur: Hentikan Isu Peralihan Kuasa Perdana Menteri
Kuala Lumpur, MTN – Exco Srikandi Bersatu, Zuhuraina Makmur berkata bahwa beberapa kenyataan berkaitan peralihan kuasa PM telah dibangkitkan lagi sejak sebulan ini.
“Sekali lagi ingin saya tegaskan selaku Srikandi Bersatu, rakyat tidak meminta Dr Mahathir Mohamad melakukan peralihan kuasa perdana menteri,” katanya yang juga Ketua Srikandi Kuala Langat sekaligus Setiausaha Politik Menteri Pembangunan Luar Bandar.
Menurutnya bahwa rakyat mengundi Pakatan Harapan (PH) ketika Dr Mahathir mengetuai PH bukan Anwar Ibrahim. “Adakah pemimpin parti komponen PH sudah lupa siapa yang wujud di sisi Dr Mahathir semasa beliau berkempen ke seluruh negara supaya rakyat menolak Najib Razak dan BN Adakah Anwar Ibrahim? Tidak! Yang sering bersama beliau adalah Dr Wan Azizah Ismail dan Mohamad Sabu,” ujarnya.
Selain itu Zuhuraina juga berkata bahwa rakyat mahukan kerajaan menjaga keperluan ekonomi mereka, menyediakan peluang pekerjaan dan pendidikan yang cukup untuk mereka. Peralihan kuasa perdana menteri hanyalah agenda peribadi pihak tertentu untuk menggugat kestabilan pentadbiran kerajaan.
“Adalah lebih relevan untuk para pemimpin PH membantu Dr Mahathir memperbetulkan barisan jemaah menteri yang masih tidak fokus kepada keperluan sebenar rakyat dan negara,” katanya.
Jika rakyat melihat setiap pimpinan PH yang telah diamanahkan oleh beliau untuk melaksanakan fungsi masing-masing tidak berkhidmat seperti yang rakyat harapkan, maka ia menyebabkan rakyat hilang keyakinan kepada PH.
“Bukan Dr Mahathir yang harus dipersalahkan, jika setiap pimpinan PH sibuk dengan agenda peribadi sedangkan Dr Mahathir sibuk dengan agenda rakyat dan negara. Saya menyeru agar isu peralihan kuasa ini dihentikan,” katanya.
Negara yang telah dirosakkan oleh kleptokrat ini bukan boleh diperbetulkan dengan hanya menukar suis. Dr Mahathir harus diberi ruang menguruskan negara mengikut apa yang beliau fikirkan baik untuk rakyat.
“Saya selaku pimpinan Srikandi Bersatu peringkat akar umbi menyokong sepenuhnya Dr terus menerajui negara dan sebarang perubahan ke arah kebaikan untuk rakyat dan negara yang beliau sedang laksanakan. Saya menyeru agar pimpinan PH menghormati kebijaksanaan Dr Mahathir selaku perdana menteri dan pengerusi PH,’ ujarnya.
Author Profile
Latest entries
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Kerajaan Stabil Perlu Ditubuhkan Tangani Masalah Ekonomi Akibat Covid-19
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Malaysia Parah, DSAI: Mana Jaminan Kerajaan Bahawa Keadaan Bertambah Baik
- NationalAugust 5, 2021Mahiaddin Kelirukan Agong, Penderhakaan Tertinggi yang Tidak Patut Dimaafkan
- NationalJuly 26, 2021Kadir Jasin: Mahiaddin Sepatutnya Meletak Jawatan