Saifuddin Nasution: Pakatan Harapan Tidak Memerlukan PAS
Saifuddin Nasution: Pakatan Harapan Tidak Memerlukan PAS
Kajang, MTN – Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata bahawa Pakatan Harapan (PH) tidak memerlukan PAS sebagai rakan sekutu yang baharu.
Beliau berkata sekiranya wujud idea atau percubaan untuk memasukkan PAS dalam PH, ia mesti berasaskan prinsip konsensus rakan-rakan pakatan itu.
“Jadi saya tengok ia kekal sebagai satu khabar politik biasa tapi saya tak nampak sebab dan alasan untuk PH menerima keanggotaan baharu,” katanya ketika ditanya mengenai desas-desus wujud gerakan membawa PAS berganding dengan PH.
Beliau ditemui ketika melakukan pra-pelancaran Pusat Pengumpulan dan Pengagihan Makanan (PPPM) bagi Program Food Bank Malaysia di Bukit Angkat, Kajang di sini hari ini.
Semalam media melaporkan, Parti Amanah Negara (AMANAH) menolak sebarang gerakan atau cadangan untuk membawa masuk PAS menyertai kerajaan semata-mata untuk menarik sokongan rakyat kepada PH.
Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Salahuddin Ayub dilaporkan berkata tiada keperluan ketika ini untuk ‘menyerap’ PAS ke dalam Putrajaya atau negeri dikuasai PH atas alasan pengaruh parti itu mampu memberi kelebihan kepada kerajaan.
Ditanya mengenai laporan berita yang memetik Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam sebagai berkata PH akan menjadi kerajaan sepenggal jika ia tidak berubah dan masalah dalamannya berlarutan, Saifuddin berkata rakyat mempunyai kebijaksanaan untuk membuat penilaian.
“Kita percaya kepada kebijaksanaan rakyat, kita tidak pernah memandang rendah kebijaksanaan rakyat dan fokus kita sekarang adalah untuk melaksanakan apa juga komitmen dan janji kita… dan akhirnya rakyat adalah hakim yang terbaik,” jelasnya.
Dr Mahathir bagaimanapun kemudian menegaskan kepada pemberita yang beliau tidak fikir PH akan menjadi kerajaan sepenggal, namun beliau berkata kerajaan sebelum ini meninggalkan banyak masalah yang terpaksa diselesaikan kerajaan PH.[bernama]
Author Profile
Latest entries
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Kerajaan Stabil Perlu Ditubuhkan Tangani Masalah Ekonomi Akibat Covid-19
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Malaysia Parah, DSAI: Mana Jaminan Kerajaan Bahawa Keadaan Bertambah Baik
- NationalAugust 5, 2021Mahiaddin Kelirukan Agong, Penderhakaan Tertinggi yang Tidak Patut Dimaafkan
- NationalJuly 26, 2021Kadir Jasin: Mahiaddin Sepatutnya Meletak Jawatan