KLCC Stapled Group Catat Keuntungan RM1.1 Bilion
KLCC Stapled Group Catat Keuntungan RM1.1 Bilion
Kuala Lumpur, MTN – KLCCP Stapled Group mencatatkan keuntungan sebelum cukai tinggi sebanyak RM1.1 bilion bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Dis, 2019, daripada RM964.1 juta yang dicatatkan tahun sebelumnya.
Hasil meningkat 1.2 peratus kepada RM1.4 bilion, disumbang oleh prestasi kukuh dalam segmen runcit dan hotel.
KLCCP Stapled Group terdiri daripada KLCC Property Holdings Bhd (KLCCP) dan KLCC Real Estate Investment Trust (REIT).
“Segmen runcit yang terdiri daripada Suria KLCC dan podium runcit Menara 3 Petronas mencatatkan pengukuhan, dan meskipun kerugian pendapatan selama lapan bulan berikutan penyusunan semula ruang, hartanah itu mencatatkan pertumbuhan pendapatan 2.3 peratus dan peningkatan keuntungan sebelum cukai sebanyak 1.9 peratus yang meningkatkan jumlah perolehan tahunannya kepada RM2.67 bilion pada 2019,” katanya.
Pada 2019, nilai hartanah KLCCP Stapled Group meningkat kepada RM15.9 bilion disokong terutamanya oleh peningkatan nilai daripada penyusunan semula ruang di Suria KLCC.
Segmen pejabat kekal sebagai penyumbang terbesar kepada hasil kumpulan iaitu sebanyak 42 peratus dan mengekalkan prestasi stabilnya, merekodkan hasil RM597.3 juta dan keuntungan sebelum cukai RM479.8 juta disokong oleh kadar penghunian tinggi dengan pajakan jangka panjang.
Kumpulan itu mengisytiharkan pengagihan 38 sen bagi setiap sekuriti pada 2019, naik 2.7 peratus dari 2018.
Mengenai prospek masa depan, Ketua Pegawai Eksekutif KLCCP Datuk Hashim Wahir berkata prestasi kumpulan dijangka kekal kukuh di tengah-tengah landskap pasaran yang terus mencabar, memanfaatkan profil jangka panjang pajakan pejabat.
Menurutnya, pembukaan penuh ruang yang disusun semula itu pada pertengahan 2020 dijangka meningkatkan lagi prestasi runcitnya manakala segmen hotel akan mendapat manfaat daripada peningkatan kedatangan pelancong bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2020.
“Dalam usaha kami untuk menyediakan nilai jangka panjang dan pulangan mampan kepada pemegang sekuriti kami, kumpulan akan terus menumpukan untuk mewujudkan nilai daripada KLCC Precinct, gaya hidup ke arah bandar pintar berdigital, terhubung dan lestari,” kata Hashim.[bernama]
Author Profile
Latest entries
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Kerajaan Stabil Perlu Ditubuhkan Tangani Masalah Ekonomi Akibat Covid-19
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Malaysia Parah, DSAI: Mana Jaminan Kerajaan Bahawa Keadaan Bertambah Baik
- NationalAugust 5, 2021Mahiaddin Kelirukan Agong, Penderhakaan Tertinggi yang Tidak Patut Dimaafkan
- NationalJuly 26, 2021Kadir Jasin: Mahiaddin Sepatutnya Meletak Jawatan