Saifuddin: Tuntutan Saman Terhadap Zuraida Sudah Dihantar Ke Presiden Parti | Malaysia News

Saifuddin: Tuntutan Saman Terhadap Zuraida Sudah Dihantar ke Presiden Parti

Saifuddin: Tuntutan Saman Terhadap Zuraida Sudah Dihantar ke Presiden Parti

Kuala Lumpur, MTN – Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, menegaskan bahawa surat tuntutan saman yang dikeluarkan terhadap Zuraida Kamaruddin, sudah dihantar ke pihak naib presiden parti terbabit.

Saifuddin berkata surat terbabit dihantar ke pejabat Zuraida di Putrajaya. Untuk rekod Zuraida ialah menteri perumahan dan kerajaan tempatan.

“Surat berkenaan dihantar ke pejabat beliau dan dicap aku terima pada 20 Jan 2020,” katanya.

Sebelumnya diketahui, Saifuddin membuat tuntutan terhadap Zuraida mengenai kenyataan dibuat ahli parlimen Ampang itu yang didakwa berunsur fitnah.

Bagaimanapun, Saifuddin dilaporkan membuat tuntutan tersebut atas kapasiti peribadi, bukan jawatannya dalam PKR.

Untuk rekod, Saifuddin dan Zuraida berada di dua kem berbeza dalam kemelut PKR. Zuraida adalah penyokong kuat Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, manakala Saifuddin berpihak kepada presiden parti itu, Anwar Ibrahim.

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply