Kes Koronavirus, Penguam Negara: Sebar Pembohongan Hendaklah Disiasat | Malaysia News

Kes Koronavirus, Penguam Negara: Sebar Pembohongan Hendaklah Disiasat

Kes Koronavirus, Penguam Negara: Sebar Pembohongan Hendaklah Disiasat

Kuala Lumpur, MTN – Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas berkata bahwa mana-mana individu yang menimbulkan dan menyebarkan pembohongan dalam isu melibatkan jangkitan novel koronavirus 2019 (2019-nCoV) di internet hendaklah disiasat dan sekiranya wujud kes, dituduh di mahkamah.

Membuat keputusan itu demi kepentingan negara, Tommy menegaskan bahawa tidak terdapat kebebasan mutlak dalam mana-mana masyarakat pada bila-bila masa dalam sejarah.

“Kebebasan untuk bercakap dan bersuara termaktub di bawah Perlembagaan serta jaminan hak di bawah undang-undang untuk tidak menapis internet seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 3(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 tidak membenarkan seseorang untuk menyebarkan pembohongan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Berasaskan latar belakangnya selaku Pendakwa Raya, Tommy berkata beliau memandang serius pembohongan yang berleluasa berhubung jangkitan itu yang menjadi perhatian rakyat Malaysia dan masyarakat global.

Jelasnya fenomena itu semakin menjadi-jadi akibat ketaksuban masyarakat mengaitkan sentimen perkauman dan agama ke dalam setiap isu kehidupan awam, yang boleh membahayakan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini.

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply