Novel Koronavirus, TPM: Malaysia Senantiasa Bekerjasama Erat dengan Anggota Asean
Novel Koronavirus, TPM: Malaysia Senantiasa Bekerjasama Erat dengan Anggota Asean
Kuala Lumpur, MTN – Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, Malaysia sentiasa bekerjasama erat dengan negara anggota ASEAN lain dalam berkongsi data dan maklumat mengenai Novel Koronavirus 2019.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata maklumat diperoleh negara sentiasa dikongsi dengan kesemua negara blok berkenaan, antara lain melalui persidangan video.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata data diperoleh negara juga dikongsi dengan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).
“Sebab kita tahu, virus ini novel, kita tak tahu secara terperinci bagaimana dia malah apa semua itu, jadi kalau kita ada perkongsian ilmu dan data ini akan banyak membantu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Taska Parlimen Malaysia di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kesediaan Thailand memberi kerjasama kepada Indonesia dan negara anggota ASEAN lain bagi membendung penularan virus berkenaan sepertimana diciap Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prayuth Chan o-cha dalam akaun twitter rasminya.
Author Profile
Latest entries
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Kerajaan Stabil Perlu Ditubuhkan Tangani Masalah Ekonomi Akibat Covid-19
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Malaysia Parah, DSAI: Mana Jaminan Kerajaan Bahawa Keadaan Bertambah Baik
- NationalAugust 5, 2021Mahiaddin Kelirukan Agong, Penderhakaan Tertinggi yang Tidak Patut Dimaafkan
- NationalJuly 26, 2021Kadir Jasin: Mahiaddin Sepatutnya Meletak Jawatan