Hari Pertama, Kesibukan Tun Mahathir Sebagai Perdana Menteri Interim | Malaysia News
September 20, 2024

Hari Pertama, Kesibukan Tun Mahathir Sebagai Perdana Menteri Interim

Hari Pertama, Kesibukan Tun Mahathir Sebagai Perdana Menteri Interim

Kuala Lumpur, MTN – Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri interim.

Bekas perdana menteri ketujuh itu memasuki Perdana Putra di sini, yang menempatkan antaranya Pejabat Perdana Menteri, bagi mengendalikan urusan pentadbiran pada kira-kira 9.29 pagi.

Di samping itu, Istana Negara juga dijangka sibuk dengan kehadiran Ahli Parlimen menjelang 2.30 petang nanti.

Berikut adalah kronologinya:

9.29 pagi: Perdana Menteri interim, Tun Dr Mahathir Mohamad menaiki kereta rasmi plat Malaysia 2020 tiba di Bangunan Perdana Putra.
10.24 pagi: Pengerusi Majlis Penasihat PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan menaiki kereta Vellfire memasuki Bangunan Perdana Putra.
10.30 pagi: Sebuah kereta jenis Proton Perdana berwarna hitam dipercayai Ketua Hakim Negara,Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat memasuki Istana Negara melalui Pintu 2.
10.35 pagi: Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat keluar dari kediamannya di Segambut.
10.43 pagi: Kereta dengan nombor plat G1M6 dipercayai kenderaan Datuk Seri Mukhriz Mahathir keluar dari pintu A kediaman Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad.
10.47 pagi: Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah (UMNO) tiba di Istana Negara melalui Pintu 2.
10.50 pagi: Sebuah kereta jenis Proton Perdana berwarna hitam dengan plat Peguam Negara memasuki Istana Negara melalui Pintu 2.
10.57 pagi: Ahli Parlimen Sri Gading Datuk Dr Shahruddin Md Salleh dari Bersatu memasuki Istana Negara melalui Pintu 2.
11.18 pagi: Kereta membawa Tan Sri Muhyiddin Yassin memasuki Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.
11.25 pagi: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail keluar dari Bangunan Perdana Putra selepas hampir sejam memasuki bangunan itu. Difahamkan anak beliau Nurul Izzah turut kelihatan di kereta berasingan.
11.30 pagi: Ahli Parlimen Lumut Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli dan Senator Liew Chin Tong keluar dari kediaman Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
11.38 pagi: Kenderaan membawa Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dilihat keluar dari Bangunan Perdana Putra.
11.39 pagi: Kenderaan membawa Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilihat memasuki Bangunan Perdana Putra.
11.47 pagi: Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik yang tiba di Istana Negara menerusi pintu 2 dan sempat berhenti untuk menyampaikan kotak minuman kepada petugas media.
1.00 tengah hari : Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin memberikan taklimat kepada petugas media di Istana Negara.
1.05 tengah hari : Pengerusi Majlis Penasihat PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menaiki kereta Vellfire tiba di kediamannya di Segambut selepas urusan mengemas barang di Pejabat Timbalan Perdana Menteri.
1.20 tengah hari: Yang di-Pertuan Agong berkenan menyampaikan sendiri makanan kepada petugas media yang ‘berkampung’ di luar pintu 2 Istana Negara.
1.25 tengah hari: Kenderaan membawa Ahli Parlimen Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin keluar dari Bangunan Perdana Putra.
1.42 tengah hari: Ketua Setiausaha Negara (KSN) Datuk Seri Mohd Zuki Ali tiba di Istana Negara.
1.55 tengah hari: Kenderaan membawa Ahli Parlimen Gombak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali keluar dari Bangunan Perdana Putra.
2.08 petang: Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Abdul Hamid Bador tiba di Istana Negara.
2.15 petang: Kenderaan membawa Menteri  Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan President PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang keluar dari bangunan Perdana Putra.
2.20 petang: Ahli Parlimen Simpang Renggam dan Ahli Parlimen Keningau masuk ke Istana Negara melalui Pintu 2.
2.40 petang: Ahli Parlimen pembangkang yang hadir ke mesyuarat di PWTC bertolak ke Istana Negara dengan menaiki bas untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
2.49 petang: Bas yang membawa Ahli-Ahli Parlimen daripada parti Pas memasuki Pintu 2 Istana Negara.
3.10 petang: Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memasuki Istana Negara menerusi Pintu 2.
3.25 petang: Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan beberapa Ahli Parlimen BN menaiki bas menuju ke Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
3.35 petang: Lebih 10 kenderaan termasuk dua buah bas persiaran dipercayai membawa Ahli Parlimen dari Barisan Nasional dilihat memasuki Istana Negara melalui Pintu 2. Salah sebuah kenderaan itu kelihatan jenis Proton Perdana dengan nombor pendaftaran kenderaan TN50 dipercayai membawa bekas Pedana Menteri yang juga Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak.
3.47 petang: Kenderaan membawa Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) tiba di bangunan Perdana Putra
3.59 petang: Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang antara yang terawal dilihat beredar keluar dari Istana Negara Pintu 2.
4.12 petang: Kenderaan membawa Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) keluar dari bangunan Perdana Putra.
5.30 petang: Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya.
5.43 petang: Perdana Menteri interim, Tun Dr Mahathir Mohamad meninggalkan Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.
6.04 petang: Perdana Menteri interim, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di kediamannya di Seri Kembangan melalui pintu B.
6 petang: Kenderaan-kenderaan yang membawa Ahli Parlimen UMNO mula keluar dari Istana Negara Pintu 2.
6.15 petang: Kenderaan yang membawa Panglima Angkatan Tentera (ATM) Jeneral Tan Sri Affendi Buang keluar dari Istana Negara.
6.17 petang: Kenderaan yang membawa Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador keluar dari Istana Negara.
6.20 petang: Sidang media Muafakat Nasional di PWTC.
6.26 petang: Kenderaan yang membawa Ketua Setiausaha Negara (KSN) Datuk Seri Mohd Zuki Ali beredar dari Istana Negara.
8 malam: Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan selesai.
8.21 malam: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di kediamannya di Segambut selepas menghadiri mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya. [bernama]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply