Mukhriz: ‘Beri Masa Sebelum Keluarkan Kenyataan Politik’

Mukhriz: ‘Beri Masa Sebelum Keluarkan Kenyataan Politik’
Kuala Lumpur, MTN – Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir meminta supaya diberi masa, sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkembangan semasa politik di Kedah.
“Sabar, bagi peluang saya jumpa dengan rakan-rakan sebelum boleh buat kenyataan. Banyak lagi perkara perlu saya lakukan untuk jamin masa depan Kedah,” ulasnya.
Mukhriz tiba dari Kuala Lumpur dengan penerbangan Firefly pada kira-kira pukul 8.20 malam ini, diiringi isterinya Tok Puan Norzieta Zakaria.
Beliau dijangka mengadakan pertemuan khas dengan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah di kediaman rasminya di Seri Mentaloon di sini, malam ini.
Perkembangan politik di Kedah masih menimbulkan tanda tanya apabila kedua pihak, blok kerajaan mahupun pembangkang, masih ‘membisu’ mengenai sebarang perubahan pentadbiran kerajaan negeri itu.
Kedah mempunyai 36 kerusi Dewan Undangan Negeri dengan PAS mempunyai 15 kerusi, Bersatu (6), PKR (7), Amanah (4), Umno (2) dan DAP (2).
Kemelut politik yang tercetus sejak Isnin selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang dan Bersatu mengisytiharkan keluar daripada pakatan itu, menimbulkan tanda tanya akan kedudukan kerajaan negeri pimpinan PH.
Author Profile
Latest entries
NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri