Najib: PM Ke-7 Dan Guan Eng Turun, Ringgit Naik? | Malaysia News

Najib: PM ke-7 dan Guan Eng Turun, Ringgit naik?

Najib: PM ke-7 dan Guan Eng Turun, Ringgit naik?

Kuala Lumpur, MTN – “Apa ini? PM ke-7 dan Guan Eng turun, ringgit naik?,” sindir Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.

Kenyataan oleh bekas Perdana Menteri itu susulan peningkatan mata wang tempatan hari ini.

Ringgit meningkat semula daripada penurunan semalam untuk dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat hari ini.

Pada 9.02 pagi, unit tempatan meningkat kepada 4.1800/1850 berbanding dolar AS daripada 4.2045/2085 ketika ditutup semalam.

Menurut Najib, sejak dua minggu kebelakangan ini mata wang tempatan itu pernah turun ke paras RM4.25.

“Sekarang dah pulih sedikit ke RM4.19. Namun masih jauh berbeza dengan tahap RM3.83 sebelum PRU14,” ujarnya. [MG]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply