6 Otai Rock Beraksi Di Rockestra Nostalgia | Malaysia News
December 9, 2021

6 Otai Rock Beraksi di Rockestra Nostalgia

Kuala Lumpur, MTN – Kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) diberikan kerajaan membuatkan sektor kreatif kembali bernyawa dengan pelbagai acara mula mewarnai kalendar.

Persembahan konsert dibenarkan dalam Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara.

Tidak ketinggalan, Orkestra Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menganjurkan Konsert Rockestra Nostalgia di Panggung Anniversari, Taman Botani Perdana Kuala Lumpur hari ini.

Konsert secara percuma bermula jam 9 malam itu akan mengetengahkan seramai 45 pemuzik orkestra bagi mengiringi enam artis lagenda tempatan iaitu Rahim Maarof, Man Bai, Ruhil Amani, Rahmad (Mega), Ito (Blues Gang) dan Asheed, vokalis kepada Kumpulan Def-Gab-C.

Mengakui teruja kerana menjadi satu-satunya penyanyi perempuan di pentas itu, Ruhil, 46, berkata dia tidak sabar untuk beraksi dengan tiga lagunya esok.

“Setiap artis akan bawa tiga lagu. Saya pula dikelilingi artis lelaki otai. Saya mesti berikan yang terbaik.

“Sepanjang pandemik Covid-19, segala aktiviti hiburan terhenti. Justeru, saya harap sangat konsert ni dapat jadi pembakar semangat buat penggiat industri kreatif,” katanya.

Advertisement

Penyanyi yang popular dengan lagu Kawan itu berkata, dia sudah membuat persiapan rapi untuk memastikan stamina dan vokalnya di tahap terbaik.

“Saya buat latihan vokal secara intensif. Selain tu, saya ada buat senaman termasuk brist walk. Nak berlari laju tak boleh sebab ada kecederaan di bahagian badan.

“Saya harap konsert ini jadi bukti saya layak satu pentas bersama otai lain,” katanya.

Rahmad, 51, pula menganggap konsert itu nanti ibarat ‘persembahan pecah telur’.

Katanya, selepas lama duduk di rumah, konsert itu menjadi saksi untuk golongan seni kembali bekerja dan bertemu peminat.

“Saya sendiri teruja untuk kembali menyanyi nak nak pula akan berkongsi pentas dengan penyanyi lagenda lain,” katanya lagi.

[MK]

Advertisement
Facebook Comments
Share on:
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •