Sebanyak 1.3 Juta Penjawat Awam Dapat RM700 | Malaysia News
February 21, 2024

Sebanyak 1.3 Juta Penjawat Awam Dapat RM700

Penjawat Awam

Sebanyak 1.3 Juta Penjawat Awam Dapat RM700

Kuala Lumpur, MTN – Kerajaan mengumumkan RM700 Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah dan RM350 untuk satu juta pesara kerajaan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bantuan khas itu memberikan implikasi kewangan sebanyak RM1.3 bilion.

Katanya, bantuan khas itu langkah kerajaan bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi tempoh yang penuh cabaran ini.

”Diharapkan semoga bantuan ini dapat menjadi pemangkin kepada penjawat awam untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi,” katanya.

[BH]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply