Piala Asia B-23: Skuad Malaysia Raih Kemenangan Kedua
Piala Asia B-23: Skuad Malaysia Raih Kemenangan Kedua
Kuala Lumur, MTN – Skuad bawah 22 (B-22) tahun negara kini hanya selangkah layak ke pusingan akhir Piala Asia B-23 2022 selpeas menewaskan Mongolia 1-0 dalam kempen kelayakan Kumpulan J, Khamis (28/10).
Kemenangan tu menyaksikan skuad negara kekal di kedudukan teratas kumpulan dengan mengumpul enam mata dan akan berdepan Thailand pada aksi terakhir, Ahad ini.
Malah, skuad kendalian Brad Maloney boleh mengesahkan tempat ke pusingan akhir Piala Asia B-23 di Uzbekistan tahun depan lebih awal sekiranya aksi Laos dan Thailand, petang ini berkesudahan seri.
Pada aksi di Stadium Persekutuan Bolasepak Mongolia (MFF), skuad negara pada awalnya lambat panas hampir 20 minit pertama perlawanan termasuk dalam melakukan hantaran dan mengatur gerakan berbahaya susulan permainan agresif dipamerkan Mongolia.
Namun perlawanan mula menjadi milik anak buah Maloney dengan hantaran lebih baik dan beberapa percubaan ke arah pintu gol dapat dilakukan memasuki penghujung babak pertama.
Lima minit sebelum rehat, gol yang dicari skuad negara akhirnya hadir menerusi Azfar Fikri Azhar yang menanduk masuk bola yang berpunca daripada sepakan sudut kapten pasukan, Mukhairi Ajmal Mahadi.
[MG]
Author Profile
Latest entries
- Kabar LainDecember 22, 2021Peningkatan Paras Air di Sebahagian Shah Alam
- Seni & HiburanDecember 22, 2021Uyaina Teruskan Majlis Nikah Walaupun Pelamin Tenggelam
- EkonomiDecember 21, 2021Swift Haulage Berhasil Disenaraikan di Pasaran Utama
- Top NewsDecember 21, 202117 Disahkan Terkorban Akibat Banjir di Selangor