8 Conlay Siap Rancakkan Kehidupan di Kuala Lumpur
8 Conlay Siap Rancakkan Kehidupan di Kuala Lumpur
Kuala Lumpur, MTN – KSK Land, anak syarikat milik penuh KSK Group Berhad sedang bersiap sedia untuk peringkat seterusnya dan bersedia untuk memacu pembangunan mampan apabila penyiapan struktur pembangunan sulungnya, 8 Conlay hampir siap.
KSK Land dalam satu kenyataan berkata 8 Conlay akan membawa elemen keceriaan dan kesejahteraan kepada Kuala Lumpur dan komunitinya.
“Sempena ‘World Cities Day’ pada 31 Okt ini, KSK meraikan majlis tahunan ini dengan menganjurkan sesi perbincangan mengenai pelbagai aspek yang menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar raya yang hebat dan sebuah hab di Asia Tenggara, kebanyakannya masih tidak diketahui oleh warga kota,” kata kenyataan itu.
Kenyataan itu berkata panel pemimpin industri yang berkongsi pengalaman unik mereka dalam perbincangan itu telah membuat kesimpulan bahawa Kuala Lumpur adalah salah satu bandar yang ceria untuk menetap di rantau ini dengan menawarkan banyak daya tarikan untuk diteroka.
“Melangkah ke hadapan, Kuala Lumpur bukan sahaja mempunyai masa depan yang cerah sebagai hab seni dan pendidikan tetapi juga bersedia untuk peluang inovatif. Disokong oleh kepelbagaian penduduknya serta kekayaan sejarah serta budayanya, ibu kota ini bersedia untuk berkembang lebih maju pada masa depan,” katanya.
Salah seorang ahli panel semasa sesi perbincangan yang diadakan pada 27 Okt lepas ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KSK dan Pengarah Urusan KSK Land,
“Di 8 Conlay, apabila seseorang datang ke situ, tugas kami (KSK Land) bukan hanya untuk menjual hartanah tetapi juga untuk mempromosikan bandar itu.” kata Joanne Kua.
Panelis lain yang turut hadir ialah Ketua Analitik daripada Think City dan Pengarang Bersama Kuala Lumpur Creative and Cultural District Strategic Master Plan (KLCCD), Dr Celia Leong.
Beliau berkata bandar yang mengutamakan rakyat adalah langkah ke hadapan manakala makanan dan minuman milik usahawan Rick Joore pula berkata perkara yang menarik tentang Kuala Lumpur ialah slogan ‘bandar kepelbagaian’.
[BERNAMA]
Author Profile
Latest entries
- Kabar LainDecember 22, 2021Peningkatan Paras Air di Sebahagian Shah Alam
- Seni & HiburanDecember 22, 2021Uyaina Teruskan Majlis Nikah Walaupun Pelamin Tenggelam
- EkonomiDecember 21, 2021Swift Haulage Berhasil Disenaraikan di Pasaran Utama
- Top NewsDecember 21, 202117 Disahkan Terkorban Akibat Banjir di Selangor