KFC Perkenalkan Burger P Ramlee

KFC Perkenalkan Burger P Ramlee
Kuala Lumpur, MTN – KFC Malaysia memperkenalkan Burger P Ramlee bagi memperingati lagenda agung negara Allahyarham Tan Sri P Ramlee.
Burger P Ramlee menyuntik pelbagai rasa aromatik dari bahan-bahan unik dalam Nasi Kandar kepada Zinger Hot & Spicy.
“P Ramlee adalah seniman agung yang telah meninggalkan legasi kaya dalam budaya Malaysia yang masih relevan dan diminati semua. Menu inovatif terbaharu kami, Burger P Ramlee – gabungan memikat KFC Zinger dan makanan kegemaran P. Ramlee, Nasi Kandar meraikan legasi beliau dan satu penghormatan khas kami kepadanya,” kata Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia, Chan May Ling.
Ini bukan cobaan… Burger P Ramlee secara rasminya dilancarkan esok di semua restoran KFC di Semenanjung Malaysia dan boleh didapati melalui pelbagai pilihan À la Carte, Kombo, Set Legenda dan Kombo Ikon.
Gunakan kod promo PRAMLEE untuk mendapatkan diskaun 10 peratus untuk pesanan melalui aplikasi KFC.
[BH]
Author Profile
Latest entries
Kabar LainDecember 22, 2021Peningkatan Paras Air di Sebahagian Shah Alam
Seni & HiburanDecember 22, 2021Uyaina Teruskan Majlis Nikah Walaupun Pelamin Tenggelam
EkonomiDecember 21, 2021Swift Haulage Berhasil Disenaraikan di Pasaran Utama
Top NewsDecember 21, 202117 Disahkan Terkorban Akibat Banjir di Selangor