Mengapa Kes Azmin Ali dibisukan
Mengapa Kes Azmin Ali dibisukan
Kuala Lumpur, MTN – Pelbagai laporan kes jenayah di dalam mahkamah terbukti secara prima facie apabila wujud bukti pendakwaan, kenyataan saksi dan fakta kes yang disokong oleh makmal forensik. Tapi mengapa kes profil tinggi seperti Azmin Ali dibisukan begitu saja?
Jika sebelum ini Pejabat Peguam Negara memutuskan bahawa kes tersebut diklasifikasikan sebagai NFA, ia dilihat seolah-olah memperlekehkan badan penyiasat Polis Diraja Malaysia di bawah naugan Hamid Bador ketika itu. Di manakah letaknya integriti PDRM sekiranya perkara ini juga berhubung kait dengan sindiket menawarkan ‘pembelian pangkat’ ? Adakah wujud satu rangkaian untuk mengaturkan atau ‘melepaskan’ kes profil tinggi?
Perkara ini harus dibangkitkan semula kerana rakyat sudah jelik mendengar jenayah dilakukan pelaku berprofil tinggi bebas dari hukuman undang-undang. Ketika kita menghadapi pandemik sudah menjadi lumrah mendengar golongan menteri dan kayangan terlepas dari undang-undang melibatkan pelanggaran SOP COVID-19. Pertukaran kerajaan pusat juga melihatkan golongan kluster mahkamah juga dibebaskan sekelip mata.
Sekiranya Perdana Menteri Ismail Sabri benar-benar inginkan mesej Keluarga Malaysia diterjemahkan kepada rakyat, sekurang-kurangnya buktikan tiada salah guna kuasa dan kembalikan integriti PDRM. Semak semula kes profil tinggi ketika pemerintahan Pakatan Harapan seperti kes melibatkan Azmin Ali yang di mata rakyat amat jelas kerana wujud bukti video forensik, pengakuan pesalah-laku dan kenyataan saksi lain.
[AM]
Author Profile
Latest entries
- Kabar LainDecember 22, 2021Peningkatan Paras Air di Sebahagian Shah Alam
- Seni & HiburanDecember 22, 2021Uyaina Teruskan Majlis Nikah Walaupun Pelamin Tenggelam
- EkonomiDecember 21, 2021Swift Haulage Berhasil Disenaraikan di Pasaran Utama
- Top NewsDecember 21, 202117 Disahkan Terkorban Akibat Banjir di Selangor