Anak Zahid Hamidi Dilantik Ahli Perbadanan SME Corp

Anak Zahid Hamidi Dilantik Ahli Perbadanan SME Corp
Putrajaya, MTN – Anak Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurulhidayah dilantik Ahli Perbadanan SME Corp yaitu agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan (MEDAC).
Surat perlantikan itu diserahkan oleh menterinya, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar kepada Nurulhidayah.
Turut dilantik Koong Lin Loong.
Pengumuman itu dibuat Wan Junaidi selepas ditemui pada Majlis Amanat Tahun Baharu dan Pelancaran Hala Tuju MEDAC 2021 di sini, Senin (4/1/2021).
Sementara itu, Nurul memperoleh ijazah Sarjana Komunikasi Korporat dari Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2012.
Anak bekas Timbalan Perdana Menteri itu sebelum ini menyandang jawatan sebagai Ketua Komunikasi Bahagian Korporat di Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).
Beliau pernah mengacara rancangan Inspirasi Ramadan di Radio Malaysia.
Gelaran Datuk diterima berasaskan kerjaya beliau sebagai Ketua Komunikasi Korporat di SPNB.
Nurul juga mempunyai bakat dalam bidang fesyen dan merupakan seorang pereka fesyen hijab di Couverture KL.
Berusia 41 tahun, beliau juga pernah memiliki sebuah syarikat pengurusan acara, Karya Bonda Sdn Bhd dari tahun 2007 hingga tahun 2012.
[MG]
Author Profile
Latest entries
Kabar LainDecember 22, 2021Peningkatan Paras Air di Sebahagian Shah Alam
Seni & HiburanDecember 22, 2021Uyaina Teruskan Majlis Nikah Walaupun Pelamin Tenggelam
EkonomiDecember 21, 2021Swift Haulage Berhasil Disenaraikan di Pasaran Utama
Top NewsDecember 21, 202117 Disahkan Terkorban Akibat Banjir di Selangor