Anwar Nafi Salah Laku Seks, Berikut Penjelasannya
Anwar Nafi Salah Laku Seks, Berikut Penjelasannya
Presiden PKR, Anwar Ibrahim menafikan dakwaan salah laku seks yang dilemparkan terhadapnya oleh bekas pegawai penyelidiknya, Muhammad Yusoff Rawther.
Yusoff mendakwa kejadian itu berlaku di kediaman Anwar pada 2 Oktober tahun lalu.
Bagaimanapun, Anwar dalam kenyataanya hari ini berkata beliau pada tarikh berkenaan sedang sibuk berkempen sempena Pilihan Raya Kecil Port Dickson.
“Saya menafikan sekeras-kerasnya fitnah tanpa asas tersebut.
“Pada tarikh yang didakwa, saya sedang giat menjalankan kempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson serta menghadiri Majlis Memperingati Ulang Tahun Kelahiran Mahatma Gandhi ke-150 di Kuala Lumpur dan kembali semula ke Port Dickson untuk memenuhi jadual kempen,” katanya dalam satu kenyataan.
Anwar berkata setiausaha sulitnya, Shukri Saad akan membuat laporan polis berhubung perkara itu manakala peguam Ramkarpal Singh akan menghantar surat tuntutan kepada Yusoff.
“Tindakan yang dilakukan ini adalah muslihat menjatuhkan imej saya menjelang Kongres Nasional Keadilan ke-14 dan proses peralihan kuasa pimpinan negara,” katanya.
Author Profile
Latest entries
- PolitikJanuary 27, 2020Mahathirism, Mahavirus Yang Lebih Teruk Daripada Coronavirus – Raja Petra
- PolitikJanuary 25, 2020AMK Desak Muktamadkan Segera Tarikh Peralihan Kuasa
- PolitikJanuary 22, 2020Syed Saddiq Bidas Penyokong Anwar Serang Mahathir
- Top NewsJanuary 22, 2020Otai Reformis 1998 Desak Tarikh Peralihan Kuasa 9 Mei 2020