Anwar Akan Ambil Tindakan Tegas Jika Ada Percubaan Sabotaj
Anwar Akan Ambil Tindakan Tegas Jika Ada Percubaan Sabotaj
Presiden PKR Dato Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan mengambil tindakan tegas jika ada percubaan untuk mensabotaj Kongres Nasional PKR yang akan berlangsung di sini malam ini.
Tindakan tegas itu adalah pemecatan keahlian parti. Kerana menurutnya, ini adalah kesalahan besar.
“Dah kemuncak sebelum kongres semua cabang dan pimpinan hadir dan beri komitmen.
“[…]dan saya juga beri peringatan kalau diteruskan perjumpaan, diizinkan (makan minum), tetapi kalau ada percubaan untuk merosakkan semangat perpaduan oleh mana-mana pimpinan, tindakan tegas akan diambil termasuk pemecatan ahli jika sabotaj kongres (Kongres Nasional).
“Ini satu kesalahan yang besar,” katanya ketika ditemui pada sidang media di lobi parlimen hari ini.
Ahli Parlimen Port Dickson ini berkata bahawa tindakan ini juga akan dikenakan kepada sesiapa yang menghadiri kongres berasingan. Tambahnya, sudah 83 peratus perwakilan parti akan hadir di Melaka untuk Kongres Nasional PKR.
“Setakat ini tidak ada apa-apa. Ada percubaan kecil. Saya nak jelaskan sejak tiga hari lalu, 83 peratus perwakilan janji akan hadir kongres di Melaka kalau ada pun (kongres berasingan di Kuala Lumpur) sekitar 10 peratus.
“Saya harap tiada kalau wujud dan diteruskan mana-mana pemimpin yang hadir lagi akan dipecat,” katanya.
Author Profile
Latest entries
- PolitikJanuary 27, 2020Mahathirism, Mahavirus Yang Lebih Teruk Daripada Coronavirus – Raja Petra
- PolitikJanuary 25, 2020AMK Desak Muktamadkan Segera Tarikh Peralihan Kuasa
- PolitikJanuary 22, 2020Syed Saddiq Bidas Penyokong Anwar Serang Mahathir
- Top NewsJanuary 22, 2020Otai Reformis 1998 Desak Tarikh Peralihan Kuasa 9 Mei 2020