APEC hanyalah ‘akal-akalan’ Tun M untuk kekalkan jawatan
APEC hanyalah ‘akal-akalan’ Tun M untuk kekalkan jawatan
Kenyataan (PM) Malaysia Tun Mahathir Mohammad yang menegaskan bahawa beliau tidak akan menyerahkan kekuasaan sebelum sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC), mendapat respon daripada penulis buku “Anwar PM Ke-8”, Shahbudin Husin.
Shahbudin menilai, bahawa APEC hanyalah ‘akal-akalan’ Mahathir untuk mengekalkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri. Dengan erti kata lain, APEC adalah alibi buat Mahathir untuk mengingkari janji politiknya iaitu, menyerahkan jawatannya sebagai perdana menteri kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
“Mungkin pada Dr Mahathir APEC itu penting, tetapi bagi APEC, Dr Mahathir itu tidak penting. Sebab negara sudah pernah jadi tuan rumah ketika Dr Mahathir jadi perdana menteri,” katanya dalam sebuah program diskusi sebelum ini.
Menurutnya lagi, momentum APEC kali ini harus memberikan suasana baru bagi rakyat Malaysia sebagai tuan rumah.
“Kalau APEC 2020 ini kita memiliki perdana menteri baru, Anwar Ibrahim, buktikan saja, APEC akan menjadi perhatian seluruh dunia,” tegasnya.
Untuk itu Shahbudin mengajak kepada seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama memanfaatkan momentum APEC sebagai hari bersejarah kebangkitan rakyat, untuk menjunjung tinggi darjat dan martabat bangsa Malaysia di bawah kepemimpinan Anwar Ibrahim.
“Sebab kita mahu, bulan 11 itu kita mahu negara kita dilonjakkan melalui sidang APEC dan semua tumpuan dunia datang kepada negara kita,” harapnya.
“Bila negara jadi tumpuan, pelancong akan datang dan ekonomi kita akan berkembang dengan sendirinya. Jadi kita kena konsisten. Pada dasarnya APEC ini permainan Dr. Mahathir,” tegasnya lagi.
Beliau turut menekankan kepada Majlis Presiden agar konsisten, berpegang teguh pada tarikh peralihan kuasa sebagaimana yang telah disepakati.
“Janji asalnya itu Mei 2020. Kita tak mau, Oktober atau apa pun itu, kita tak mau,” tegas Shahbudin mengakhiri pandangannya.
Author Profile
Latest entries
- VideoFebruary 6, 2020Politik fitnah, Saifuddin bersedia ambil tindakan undang-undang ke atas Zuraida
- VideoJanuary 30, 2020APEC hanyalah ‘akal-akalan’ Tun M untuk kekalkan jawatan
- PolitikJanuary 25, 2020Di Bawah Kepemimpinan Mahathir Ekonomi Malaysia Tertinggal Di Belakang Bangladesh
- VideoJanuary 22, 2020Prinsip Tolak Rasuah Anwar Ibrahim Mendatangkan Ketakutan Buat Ramai Ahli Politik