Di Bawah Kepemimpinan Mahathir Ekonomi Malaysia Tertinggal Di Belakang Bangladesh
Di Bawah Kepemimpinan Mahathir Ekonomi Malaysia Tertinggal Di Belakang Bangladesh
Ketua Berita JOM Channel, Dr. Siti Aini Omar menyatakan bahawa ekonomi Malaysia saat ini terancam dan semakin ketinggalan dari negara-negara lainnya di Asia Tenggara.
“Kita dimaklumkan pada tahun 2050, ekonomi Malaysia akan turun ke tangga ke 24,” katanya dalam sebuah diskusi bertajuk “Dr. M Lepas Jawatan Mei 2020?” yang dianjurkan oleh Otai Reformasi, Selasa (21/1) malam.
Hal itu, menurutnya bukanlah hal yang boleh dibanggakan sebagai sebuah negara majmuk dan memiliki banyak tenaga kerja asing.
Kerana, jika dibandingkan dengan tahap negara lain seperti Indonesia, Malaysia sangat jauh tertinggal dalam hal sebagai negara yang memiliki ekonomi besar.
“Hakikatnya, tangga 24 itu bukanlah sesuatu yang nak kita banggakan. Kerana Indonesia sudah lama. Indonesia sekarang berada di tangga ke 8. Dan pada tahun 2050 bilamana (Malaysia) berada di tangga ke 4, Indonesia lebih dahulu memperolehnya pada tahun 2030, ” ungkapnya lagi.
Yang paling menyedihkan, pada tahun 2020 ekonomi Malaysia tertinggal di belakang Bangladesh, Filipina dan Vietnam.
“Kita boleh mengubahnya daripada tangga 24 itu, mungkin ke atas lagi. Jangan kita sampai ditinggalkan oleh Vietnam, ataupun Filipina, ataupun Bangladesh yang lebih dahsyat dari kita, Bangladesh ini ramai yang kerja di tempat kita, tapi dia tinggalkan kita,”
“Jikalau kondisi ini tidak kita ubah sekarang, maka mungkin tangga 24 pun kita tidak dapat,” ungkapnya lagi.
Beliau menerangkan, bahawa hal tersebut bukanlah hal yang diada-adakan. Sumber ini diperoleh daripada ramalan PricewaterhouseCoopers (PwC), iaitu sebuah badan akauntan awam yang membuat laporan mengenai negara-negara berkembang yang diperkirakan akan mendominasi ekonomi global.
“Ini bukan sembarang ramalan. Tuan-tuan dan puan-puan boleh semak, PricewaterhouseCoopers, tengok di situ, dengan jelas apa ramalan mereka,” tegasnya.
Author Profile
Latest entries
- VideoFebruary 6, 2020Politik fitnah, Saifuddin bersedia ambil tindakan undang-undang ke atas Zuraida
- VideoJanuary 30, 2020APEC hanyalah ‘akal-akalan’ Tun M untuk kekalkan jawatan
- PolitikJanuary 25, 2020Di Bawah Kepemimpinan Mahathir Ekonomi Malaysia Tertinggal Di Belakang Bangladesh
- VideoJanuary 22, 2020Prinsip Tolak Rasuah Anwar Ibrahim Mendatangkan Ketakutan Buat Ramai Ahli Politik