Politik fitnah, Saifuddin bersedia ambil tindakan undang-undang ke atas Zuraida

Politik fitnah, Saifuddin bersedia ambil tindakan undang-undang ke atas Zuraida
MTN – Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam penjelasannya mengatakan bahawa beliau sudah terlebih dahulu menghantar surat sebab kepada timbalan presiden parti, Zuraida Kamaruddin sebelum mengambil sebarang tindakan undang-undang. Perkara tersebut adalah untuk memberi peluang kepada Zuraida membuat penjelasan tentang kenyataannya yang mengandungi unsur fitnah.
“Yang itu telah saya hantar. Dan dia akan diberikan tempoh untuk memberikan maklum balas, kemudian saya akan mengambil tindakan selanjutnya, dan berbincang semula dengan peguam-peguam saya,” kata Saifuddin di hadapan wartawan pada Khamis (30/1).
Selanjutnya, Saifuddin menegaskan bahawa beliau sebenarnya keberatan untuk menguruskan hal-hal sedemikian. Namun, apa yang dilakukan oleh Zuraida membuatkan beliau tidak mempunyai pilihan lain selain mengambil langkah-langkah sesuai mengikut proses undang-undang.
“Tidak peduli siapa dia, samada dalam atau luar parti, atau orang biasa. Sampai satu tahap di mana tuduhan itu dianggap sebagai, sangat kasar dan biadab. Maka kita pun tidak ada pilihan lain,” tegasnya.
“Kerana itulah saman ini adalah saman Saifuddin ke atas Zuraida, bukan menteri perdagangan dalam negeri ke atas menteri perumahan dan kerajaan tempatan, itu tak ada kaitan,” tambahnya lagi.
Saifuddin kelihatan berang dengan politik kotor yang dimainkan oleh Zuraida. Dalam kenyataannya Zuraida telah secara terang-terangan menuduh bahawa Saifuddin telah menerima jutaan ringgit dari beberapa orang.
Menurutnya, tuduhan tersebut sangat tidak bermoral. Maka, Saifuddin berharap agar proses undang-undang dapat berjalan sebagaimana yang sepatutnya.
“Pertuduhan ke atas saya itu sangat spesifik dalam ucapan-ucapan yang diberikan.”
“Saya rasa (Zuraida) perlu diberikan noktah. Berpolitik boleh, tapi kena jaga hemah, kena jaga adab, kena jaga akhlak,” tegasnya.
Author Profile
Latest entries
VideoFebruary 6, 2020Politik fitnah, Saifuddin bersedia ambil tindakan undang-undang ke atas Zuraida
VideoJanuary 30, 2020APEC hanyalah ‘akal-akalan’ Tun M untuk kekalkan jawatan
PolitikJanuary 25, 2020Di Bawah Kepemimpinan Mahathir Ekonomi Malaysia Tertinggal Di Belakang Bangladesh
VideoJanuary 22, 2020Prinsip Tolak Rasuah Anwar Ibrahim Mendatangkan Ketakutan Buat Ramai Ahli Politik