Prinsip Tolak Rasuah Anwar Ibrahim Mendatangkan Ketakutan Buat Ramai Ahli Politik | Malaysia News

Prinsip Tolak Rasuah Anwar Ibrahim Mendatangkan Ketakutan Buat Ramai Ahli Politik

Prinsip Tolak Rasuah Anwar Ibrahim Mendatangkan Ketakutan Buat Ramai Ahli Politik

Prinsip Tolak Rasuah Anwar Ibrahim Mendatangkan Ketakutan Buat Ramai Ahli Politik

Pengerusi Otai Reformasi, Yang Berhormat Dr. Idris Ahmad, menyatakan bahawa hingga saat ini dirinya masih berjalan seiring dengan apa yang menjadi prinsip dasar perjuangan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, terutama semangat dalam hal pembasmian korupsi.

“Sebab, ramai ahli-ahli politik yang sekarang tersepit. Dalam Barisan Nasional dulu, dalam Pakatan Harapan, mereka tersepit oleh sebab rasuah,” katanya dalam satu program diskusi bertajuk “Dr. M Lepas Jawatan Mei 2020?” yang dianjurkan oleh Otai Reformasi, Selasa (21/1) malam.

Beliau juga memberikan sebab mengapa ramai ahli politik yang begitu khuatir dengan Anwar Ibrahim.

“Saya masih ingat, dulu. Sebab perkapalan. Disuruh Dato’ Seri (Anwar Ibrahim) pergi untuk bail-out anak dia, Mirzan. Dato’ Seri kata “ini duit rakyat, sorry”. Mahathir datang, dengar dulu sampai lihat-lihat meja,” katanya.

Sebab perkara itulah Idris menyatakan, Anwar Ibrahim menjadi korban kezaliman Tun Mahathir.

“Sebab Dato’ Anwar Ibrahim tolak rasuah, maka dibuatkanlah aib beberapa macam kes.”

Kerananya, menurut Idris, tidak hairan jika melihat seluruh anak Tun Mahathir saat ini memiliki kekayaan yang berlimpah.

“Itu sebab mereka takut dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Because, pendirian beliau tidak terganjak.”

“Beliau (pernah) jadi menteri, dulu. Beliau jadi Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri (pernah juga) jadi Menteri Kewangan. Kalau kita bandingkan harta benda Dato’ Seri dengan menteri-menteri lain berbezanya amat besar.”

Itulah sebab mengapa banyak pihak cuba menghalang Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.

Facebook Comments

Author Profile

Ahmad Abdussalam

About The Author

Leave a Reply