Majlis Presiden Tidak Berfungsi Rakyat Malaysia Bersiap Sedia Turun Ke Jalan | Malaysia News
December 14, 2024

Majlis Presiden tidak berfungsi rakyat Malaysia bersiap sedia turun ke jalan

Majlis Presiden tidak berfungsi rakyat Malaysia bersiap sedia turun ke jalan

Majlis Presiden tidak berfungsi rakyat Malaysia bersiap sedia turun ke jalan

Aktivis NGO Kemanusiaan, Mustapa Mansor menegaskan bahawa proses peralihan kuasa harus kembali kepada kesepakatan awal yang telah dipersetujui oleh gabungan parti, bukan kembali menjadikan majoriti sebagai acuan untuk menetapkan Perdana Menteri.

“Kita mesti desak Majlis Presiden untuk kembali kepada perjanjian asal. Perjanjian asal apa dia?, iaitu tempoh yang diberikan kepada perdana menteri sementara hanyalah maksimumnya saja sampai bulan Mei 2020,” kata Mustapa dalam program diskusi bertajuk “Dr. M Lepas Jawatan Mei 2020?” yang dianjurkan oleh Otai Reformasi, Selasa (21/1) malam.

Mustapa menyatakan sekiranya proses peralihan kuasa melanggar apa yang menjadi konsensus awal, itu bermakna bahawa Majlis Presiden sebenarnya telah melakukan provokasi kepada rakyat Malaysia untuk turun ke jalan.

“Bukan saya seorang, tetapi hampir majoriti rakyat di facebook, di media sosial, dan juga di media-media lain, mereka akan turun ke jalan,” kata Mustapa.

Menurutnya, tugas untuk mendesak Perdana Menteri Tun Mahathir Mohammad supaya berundur dari jawatannya adalah kewajiban Majlis Presiden.

“Tetapi, kalau kita melihat Majlis Presiden tidak berfungsi dengan baik maka kita kena minta dan seru kepada rakyat Malaysia untuk turun ke jalan secara aman,” tegasnya lagi.

Facebook Comments

Author Profile

Ahmad Abdussalam

About The Author

Leave a Reply