Bank Islam Diiktiraf Bank Runcit Syariah Paling Kukuh Di Malaysia Tahun 2020 | Malaysia News
February 23, 2024

Bank Islam Diiktiraf Bank Runcit Syariah Paling Kukuh di Malaysia Tahun 2020

Bank Islam Diiktiraf Bank Runcit Syariah Paling Kukuh di Malaysia Tahun 2020

Kuala Lumpur, MTN – Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) dinobatkan sebagai Bank Runcit Islam Paling Kukuh di Malaysia untuk tahun 2020 oleh Cambridge International Financial Advisory (Cambridge IFA) di Anugerah Perbankan Runcit Islam ke-6 2020 yang diadakan secara dalam talian pada 15 Disember lalu.

Ia merupakan kedua Bank Islam menerima anugerah ini sejak tahun 2015.

Keputusan pemenang anugerah adalah berdasarkan kajian kecekapan perbankan Islam yang dijalankan oleh Cambridge IFA, yang menilai lebih daripada 130 bank runcit Islam.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed berkata, bank itu berbesar hati dan bersyukur menerima penghargaan berprestij ini kerana ia mengiktiraf komitmen padu Bank Islam dalam memenuhi harapan pelanggan.

Ia juga mengiktiraf fokus berterusan bank tersebut dalam menyediakan penyelesaian kewangan dan perbankan patuh Syariah yang komprehensif dan inovatif.

”Sejak ditubuhkan pada tahun 1983, Bank Islam telah menetapkan asas untuk membangunkan sistem perbankan Islam yang kukuh dan menghasilkan profesional dalam industri ini.

”Bermula dengan hanya 30 kakitangan dan empat cawangan, Bank Islam berkembang kepada 144 cawangan denganlebih daripada 4,600 kakitangan hari ini. Ini tidak mungkin dicapai tanpa kepercayaan dan dorongan yang diterimadaripada pemegang taruh kami, terutamanya lebih daripada 4.3 juta pelanggan kami di Malaysia,” katanya.

[MG]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply