Ringgit Mengukuh 0.2 Peratus Berbanding Dolar AS
Ringgit Mengukuh 0.2 Peratus Berbanding Dolar AS
Kuala Lumpur, MTN – Ringgit mengukuh 0.2 peratus berbanding dolar US pada RM4.04 bagi minggu berakhir 18 Dis, 2020, didorong oleh peningkatan harga minyak global di tengah kelemahan nilai dolar US.
Mata wang tempatan disebut harga pada RM4.050 bersamaan dengan satu dolar US pada minggu sebelumnya, menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF Research).
Firma penyelidikan itu berkata, harga minyak mentah Brent menokok 1.5 peratus minggu lepas kepada US$52.26 setong pada 18 Dis daripada US$51.50 setong pada minggu sebelumnya, kembali kepada tahap terakhirnya pada Februari 2020.
“Pembelian yang meningkat dari China dan India menjadi pemangkin di sebalik permintaan minyak yang mengukuh dan harga minyak yang lebih tinggi,” katanya.
Mengenai harga Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) domestik yang diterbitkan minggu lepas, MIDF berkata hasil penanda aras untuk tempoh tiga tahun dan 10 tahun, masing-masing merosot 1.1 mata asas dan 0.6 mata asas kepada 1.90 peratus dan 2.73 peratus.
Ia menambah hasil sebaran 10 tahun-3 tahun juga hampir tidak berubah minggu ke minggu pada +83 mata asas.
Mengenai jumlah nilai dagangan bon kerajaan (MGS/Antara Bank Pelaburan Mudharabah, MII), firma penyelidikan itu berkata ia meningkat kepada RM10.98 bilion minggu lepas daripada RM10.42 bilion pada minggu sebelumnya.
Selain itu, ia berkata, jumlah nilai dagangan bon korporat (konvensional dan sukuk) menokok kepada RM2.74 bilion minggu lepas berbanding RM2.30 bilion pada minggu sebelumnya.
[MG]
Author Profile
Latest entries
- Kabar LainDecember 22, 2021Peningkatan Paras Air di Sebahagian Shah Alam
- Seni & HiburanDecember 22, 2021Uyaina Teruskan Majlis Nikah Walaupun Pelamin Tenggelam
- EkonomiDecember 21, 2021Swift Haulage Berhasil Disenaraikan di Pasaran Utama
- Top NewsDecember 21, 202117 Disahkan Terkorban Akibat Banjir di Selangor