Berita Duka, Penyair Salleh Ben Joned Meninggal Dunia | Malaysia News

Berita Duka, Penyair Salleh Ben Joned Meninggal Dunia

Berita Duka, Penyair Salleh Ben Joned Meninggal Dunia

Berita Duka, Penyair Salleh Ben Joned Meninggal Dunia

MTN – Penulis dan penyair Salleh Ben Joned menghembuskan nafas terakhir jam 1.21 pagi tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Allahyarham yang meninggal dunia pada umur 79 tahun akibat komplikasi jantung dikenali dengan tulisannya di ruangan sastera ‘As I Please’ yang disiarkan di akhbar New Straits Times pada tahun 1990an.

Menurut keluarganya, Salleh mengalami kesukaran bernafas pada Selasa lalu di rumahnya di Subang Jaya sebelum dimasukkan ke PPUM.

“Sembahyang jenazah akan diadakan di Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Jalan SS19/7A, 47500 Subang Jaya pada 10 hingga 10.30 pagi,” kata keluarganya menerusi Facebook.

Jenazah allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22 di Subang Jaya.

Berikutan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB), hanya ahli keluarga dibenarkan menghadiri solat jenazah dan pengebumian allahyarham.

Antara buku yang pernah dihasilkan allahyarham ialah Nothing is Sacred, The Amok of Mat Solo dan Sajak-Sajak Salleh yang ditulis dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

Semasa hayatnya Salleh juga pernah berlakon dalam filem Amok (1995), Paper Tiger (1975) dan Bintang Malam (1991).

Penulis kelahiran Melaka (1941) itu dikenali dengan gaya penulisan yang tajam, pedas, dan seringkali lucu.

Meskipun dianggap sesetengah pengkritiknya sebagai bersifat provokatif, penggemar tulisan Salleh menemui kecerdasan pemikiran yang jarang-jarang ditemukan dalam penulisan sastera Melayu.

[mk]
Facebook Comments

Author Profile

Maulia

About The Author

Leave a Reply