BERJAYA LAGIKAH TUN M MENGURANGI KUASA RAJA-RAJA

Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad mendedahkan, kerajaan masih belum mendapat jawapan daripada Yang Dipertuan Agong berhubung calon Ketua Hakim Negara yang dipersembahkan kepada baginda.

“Saya selalu bayangkan bahawa Agong adalah orang yang mesti meluluskan semua pelantikan kanan tetapi entah bagaimana, sekarang perlu merujuk kepada Majlis Raja-Raja.

“Sekarang, bukan hanya Agong tetapi juga harus melalui Raja-Raja.

“Saya tidak tahu apa maksudnya. Keputusan (Putrajaya) tidak boleh diubah kecuali terdapat alasan yang sah.

“Kita telah membuat keputusan berhubung calon Ketua Hakim Negara dan menghantarnya kepada Agong.

“Buat masa ini, saya masih belum mendapat pengesahan mengenai calon berkenaan,” jelas Tun Mahathir lagi.

Jawatan Ketua Hakim Negara kosong berikutan persaraan Richard Malanjun sejak 12 April lalu.

Dalam waktu yang sama, Tun Mahathir mengakui sukar untuk menyelesaikan masalah campurtangan Raja-Raja dalam pentadbiran kerajaan.

Namun, tegas beliau, perkara itu boleh diatasi jika kerajaan mempunyai majoriti dua pertiga dalam Parlimen.

“Saya kena kata ia masalah sukar, tetapi saya akan cuba,” tambah beliau lagi.

Apakah makna semua ini?

Apakah ini memberi petanda bahawa sekiranya kerajaan mempunyai majoriti dua pertiga di Parlimen dalam waktu terdekat ini, Tun Mahathir akan sekali lagi meminda Perlembagaan berkenaan kuasa Raja-Raja?

Masih tidak cukup lagikah pindaan Perlembagaan yang pernah dibuat pada tahun 1993 dahulu?

 

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •   
  •  
  •  

Post Author: ab bima

Leave a Reply